FAM Letak Syarat Jika Mahu Bercakap Kepada Media

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu pekeliling mengingatkan mana-mana pegawai pasukan supaya patuh pada beberapa syarat yang diletakkan, apabila bercakap kepada media.

Di bawah Artikel 82 (dahulunya Artikel 88), badan induk itu menyatakan Presiden, Setiausaha atau mana-mana Pegawai yang dibenarkan oleh Jawatankuasa Eksekutif boleh membuat kenyataan kepada media asalkan tidak melanggar syarat.

“Dengan syarat tidak menyentuh atau menyampaikan kilanan (perasaan terkilan), menyampaikan perasaan tidak puashati atau mengecam mengenai urusan pentadbiran hal-ehwal FAM atau pengelolaan liga Malaysia atau lain-lain pertandingan yang direstui atau diluluskan oleh FAM.

“Tidak memperlekehkan, mengancam, memperkecilkan, merungut, mempersoalkan atau mempertikaikan prestasi mana-mana pegawai dan mengugat FAM atau Pertandingan.

“Bercanggah, mempertikaikan, mempersoal atau fakta yang diberikan adalah tidak tepat atau bercanggah atau salah dengan mana-mana keputusan keputusan Badan FAM mengikut artikel 2l, statut FAM iaitu keputusan Kongres, Jawatankuasa Eksekutif, Presiden, Jawatankuasa Darurat, Jawatankuasa Tetap, Sekretariat Agung dan Badan Kehakiman FAM.

“Mempunyai niat bertujuan menghina, mengaibkan, menjatuhkan atau mencemar imej Pegawai FAM atau memperlekehkan mana-mana Pegawai FAM atau Pegawai Ahli atau bercanggah dengan mana-mana peraturan FAM atau yang ditentukan oleh Jawatankuasa Eksekutif dari semasa ke semasa,” menurut pekeliling tersebut. Sumber : BH Sukan.

Pekeliling yang sama turut mengingatkan semua pengadil, penilai pengadil dan instruktur supaya tidak sewenangnya-wenangnya ‘bercakap’ kepada media tanpa sebarang kebenaran bertulis daripada badan induk itu.

Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya didapati mana-mana pihak yang melanggar Kod Tatatertib FAM (edisi 2015).

“Artikel 61 Kod ini hendaklah dibaca bersama Artikel 82 Statut FAM (edisi 2020). Artikel 61-Kenyataan Akhbar adalah pegawai atau pemain tidak boleh membuat apa-apa kenyataan kepada media, secara lisan atau bertulis tanpa kelulusan atau kebenaran bertulis atau lisan daripada Jawatankuasa Eksekutif seperti yang dinyatakan di bawah Artikel 88 Statut FAM atau peraturan-peraturan atau arahan-arahan atau pekeliling yang dikeluarkan.”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.