FAM nafi beri kebenaran untuk runding dengan Sumareh

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan bahawa mereka memberi keizinan kepada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) untuk berunding dengan pemain kontroversi, Mohamadou Sumareh.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menegaskan bahawa badan induk itu tidak ada sebarang kuasa ataupun hak untuk berbuat demikian apatah lagi pemain itu bukan hakmilik mereka.

Baca : Ia bukan rundingan pintu belakang, FAS sudah dapat kebenaran FAM

Kenyataan Stuart itu sekaligus bertentangan dengan kenyataan Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon yang memberitahu bahawa mereka hanya memulakan rundingan dengan Sumareh selepas mendapat kebenaran daripada FAM.

Stuart bagaimanapun mengakui Johan Kamal ada menghubunginya untuk bertanyakan status pemain naturalisasi negara itu.

“Benar Dr. Johan ada menghubungi saya tetapi beliau sekadar bertanyakan status Sumareh dengan Pahang FA.

“Saya memberi keterangan kepadanya berdasarkan status kes, yang mana mengikut pemahaman ketika itu Sumareh sudah membatalkan kontraknya secara sebelah pihak dengan Pahang FA menggunakan klausa yang tertentu yang terkandung di dalam kontraknya, ” kata Stuart.

“Sumareh bukan dimiliki FAM yang mana segala maklumat peribadi, terperinci atau kebenaran hanya membabitkan pemain itu sendiri dan pasukannya, ” tambahnya.

Terdahulu FAS didakwa cuba memancing pemain berasal dari Gambia itu melalui rundingan ‘pintu belakang’ selepas kontrak yang ditawarkan kepada pemain itu didedahkan oleh pemilik Johor Darul Takzim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di instastory beliau.

Baca : Kontrak Sumareh bersama Selangor lebih RM70k, pendedahan mengejutkan oleh TMJ

Johan Kamal kemudiannya memberitahu FAS tidak melanggar sebarang peraturan dan tawaran kepada Sumareh dibuat dengan cara yang betul, kerana telah mendapat izin FAM dan dalam masa sama menegaskan pihaknya bukan punca pemain itu membatalkan kontrak dengan Pahang.

“Dari pihak Selangor kita nak buat sesuatu dengan cara betul dan saya difahamkan kita boleh berunding dengan Sumareh berdasarkan perbualan saya dengan pengurusan tertinggi FAM.”

Sumareh yang beraksi dengan Pahang sejak 2017 membuat keputusan meninggalkan pasukan Pahang dengan membatalkan kontraknya secara sebelah pihak pada awal bulan ini.

Ianya difahamkan kerana masalah tunggakan gaji tetapi telah dinafikan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Pahang dan kini dia telah menyertai kelab Thailand Police Tero sehingga hujung tahun.

Foto kredit : FAM

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.