FAM Tak Bagi Muka, Tunggu Jer Isnin Nanti

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Nasib pemain dan pegawai pasukan Sarawak United yang menyerang pengadil selepas tamat aksi menentang Negeri Sembilan, akan diketahui Isnin ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menyiasat secara terperinci insiden yang berlaku sebelum mengambil tindakan susulan kerana ia membabitkan isu keselamatan pengadil.

“Tiada pihak yang akan terlepas kerana jika pengadil diserang pemain atau pegawai pasukan ia adalah kesalahan serius.

“Saya sedia maklum mengenai insiden berkenaan dan keputusan berkaitan siapa yang akan dikenakan hukuman diketahui Isnin ini,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Dato’ S.Sivasundaram ketika dihubungi Arena Metro.

Negeri Sembilan melakar kemenangan tipis 1-0 menerusi jaringan masa kecederaan Francis Kone ke atas Sarawak United dalam perlawanan yang berlangsung tegang di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Selepas wisel penamat ditiup, pemain Sarawak United menyerang pengadil Kamil Zakaria Ismail kerana kerana tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan dibuatnya termasuk mengesahkan gol Kone yang didakwa terlebih dahulu menyiku pemain mereka.

Pengendali Sarawak United, E.Elavarasan selepas perlawanan berkata, “Sebelum game pun saya ada cakap kepada penilai pengadil, jangan bagi pengadil menentukan (keputusan) game besar seperti ini.

“Game seperti ini kena ada orang berpengalaman yang tahu bagaimana nak kendalikan tekanan dan ketegangan. Saya rasa pengadil tidak berjaya mengawal perlawanan dengan baik.

“Dia bagi kad merah, ok kita terima, tapi kenapa penalti? Adakah ia situasi menjaringkan gol. Saya tak pertikai kad merah, tapi kalau situasi menjaringkan gol ya dia boleh bagi penalti, tapi ini bukan, dan kami bernasib baik penalti tu tak masuk.

“Walaupun dengan 10 pemain kita tetap semangat melawan, tapi gol masa kecederaan tu saya rasa dia patut lagi teliti lah, sebab last minit macam-macam boleh berlaku. Gol itu sepatutnya foul, dia siku dulu tapi pengadil bagi gol, mana ada logiknya.

“Jadi ini yang buat kita tak puas hati dan pemain pun naik marah. Awak tak boleh salahkan pemain, keputusan seperti ini ganggu emosi mereka. Reaksi mereka itu adalah berpunca dari kegagalan pengadil mengawal permainan dari awal. Keputusan pada hari ini akan menjadi penentu siapa menang liga.

Berita Berkaitan : “Inilah Natijah Bila Letak Pengadil Takde Pengalaman” – Elavarasan

“Semua tengok game seimbang, kita nampak dua-dua team nak menang, tapi pengadil banyak buat keputusan kurang tepat dan inilah merosakkan satu game yang bagus.

“Sebab itulah kena ada pengalaman dan tahu nak kawal keadaan. Apa kita boleh cakap, maksimum pun dia (pengadil) kena gantung tapi keputusan tak boleh ubah.”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.