FAM tegaskan RM2.2 juta dari FIFA bukan untuk dibayar kepada pasukan

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan US$500,000 (RM2.2 juta) yang diterima badan induk itu daripada FIFA bukan untuk dibayar kepada pasukan-pasukan yang bertanding di Liga Malaysia.

“Jangan salah faham, ia bukan duit Tabung Bencana Covid-19 yang digerakkan oleh FIFA, sebaliknya ia dana operasi tahunan yang dibayar FIFA kepada ahli gabungannya setiap tahun melalui FIFA Forward Programme.

“Ia adalah untuk menampung aktiviti FAM dan juga kos operasi yang diluluskan FIFA pada tahun lalu. Jumlah tersebut sebenarnya adalah bagi penggal kedua tahun ini (Julai – Disember 2020) tetapi dibayar awal oleh FIFA,” kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam kepada Labola Malaya.

Pada Jumaat lalu, FIFA dalam satu kenyataan mengumumkan sejumlah US$150 juta dana operasi telah diperuntukkan, untuk diagihkan kepada 211 ahli gabungannya; dengan setiap mereka akan menerima RM2.2 juta sebagai langkah pertama membantu komuniti bolasepak yang terjejas kerana wabak Covid-19.

Sementara itu mengenai hasrat FIFA yang mahu menubuhkan Tabung Bantuan Kecemasan Covid-19 dalam memastikan industri bolasepak tidak lumpuh, Stuart berkata kepada NST Sports belum ada berita lanjut mengenainya.

“Kebiasaannya apabila FIFA agihkan dana atau geran, akan ada garis panduan atau mekanisma pengagihan untuk memastikan kita dapat buat keputusan dan mengambil tindakan yang wajar, tetapi setakat ini tiada maklumat mengenai tabung ini,” tambah Stuart.

Foto : NSTP

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.