Farhan Roslan Pula Dilepaskan Kelantan, Sertai Sabah Sehingga Hujung Musim

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Baru pertengahan musim dan masih banyak lagi perlawanan untuk diharungi, namun Kelantan FC nampaknya sudah pun membuat rombakan besar pada skuad utama mereka.

Pendahulu saingan Liga Premier 2022 itu melepaskan seorang lagi pemain tonggak, Farhan Roslan, yang menjadi pemain ketiga meninggalkan skuad secara pinjaman selepas Mior Dani Armin serta Nataneal Siringoringo.

Dalam satu kenyataan rasmi kelab, mereka mengumumkan pemain sayap lincah digelar ‘Messi’ itu menyertai pasukan pendahulu Liga Super, Sabah FC.

Farhan Roslan yang juga bekas pemain skuad B-23 kebangsaan kini menjadi tambahan terbaru reunion ‘ex-Ong Kim Swee’ bersama kelab Borneo itu yang sedang meniti prestasi terbaik selepas beberapa tahun.

Di kem The Red Warriors, dijangka akan ada lagi pemain import yang keluar ataupun ditamatkan kontrak namun belum ada pengumuman rasmi mengenainya.

Tindakan pengurusan Kelantan FC melepaskan beberapa pemain walaupun difahami mesti mempunyai sebab, penyokong setia mereka tetap tertanya-tanya apa sebenarnya yang sedang dirancang oleh Rezal Zambery Yahya mahupun pemilik kelab, Norizam Tukiman. 

Sehingga kini mereka belum memaklumkan siapa yang dibawa masuk di jendela perpindahan kedua tetapi ada memberi bayangan bahawa dua pemain import – seorang beraksi di Liga Jerman dan seorang lagi Liga Bahrain – akan memperkuatkan pasukan itu yang dalam misi untuk mengejar kejuaraan Liga Premier seterusnya layak ke Liga Super 2023.

“Kena jelaskan pada penyokong.. mungkin dah confirm season depan 18 pasukan dekat Liga Super.. maknanya 6 pasukan Liga Perdana (tak termasuk feeder) auto naik Liga Super season depan jadi pengurusan bagi pinjam banyak pada pasukan Liga Super untuk persediaan bagi season depan..kena keluarkan statement.. penyokong masih tertanya-tanya,” ujar Ikram Fikri.

“Setakat ini ambo masih kekal positif.. menghormati keputusan pemilik dan pengurusan kelab ni…harapan penyokong cuma nak pasukan ini bertambah baik hendaknye…,” menurut Masudi Shafie.

“Harap percaturan ni tak merugikan kelab..rugi andai gagal ke liga super..hanya 9 game lagi utk menentukan semuanya..good luck trw kelantan fc..” komen oleh Aico Rius.

Jadi, mungkinkah dalam beberapa hari yang tinggal sebelum jendela perpindahan ditutup, Kelantan akan menghadiahkan kejutan kepada penyokong setia mereka?

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.