Farizal Marlias Lakar Sejarah Gemilang

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Dalam tak sedar, penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Farizal Marlias nampaknya telah melakar sejarah baru dalam perjalanan kariernya.

Rupanya penampilan penjaga gol berusia 36 tahun itu ketika perlawanan Liga Super menentang Sarawak United pada Rabu lalu, merupakan penampilan ke-200 nya dalam jersi JDT sejak menyertai pasukan itu pada 2015.

Ini menjadikannya sebagai pemain kedua selepas Safiq Rahim untuk meraih kap sebanyak 200 kali bersama pasukan Harimau Selatan.

Sepanjang bersama JDT, Farizal Marlias telah mengukuhkan statusnya sebagai penjaga gol nombor satu tanah air, dan dia juga merupakan penjaga gol kedua paling lama menyarung jersi skuad kebangsaan selepas Khairul Fahmi Che Mat.

Dia juga telah memenangi kesemua piala yang dipertandingkan bersama JDT manakala secara peribadi pula merupakan pemenang anugerah Penjaga Gol Terbaik Liga Malaysia sebanyak empat kali berturut-turut pada 2018, 2019, 2020 dan 2021.

Kecemerlangannya di gawang turut dibantu dengan adanya gandingan mantap di pertahanan pasukan, dan ia juga merupakan salah satu faktor JDT ketika ini begitu gah menerajui liga.

Dalam pada itu, turut melakar pencapaian gemilang bersama JDT adalah penyerang sensasi yang juga mesin gol mereka, Bergson da Silva.

“Bergson pula berjaya muncul penyerang antarabangsa terpantas menjaringkan lebih 50 gol buat JDT apabila berjaya meledak gol ke-51 peribadinya dalam 50 penampilan sejak 2021,” kata kenyataan kelab itu.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.