Frank Lampard namakan lima pemain terbaik dia pernah beraksi bersama

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Frank Lampard bolehlah disifatkan sebagai salah seorang pemain tengah terbaik pernah disaksikan dunia ketika zamannya.

Memulakan karier bersama West Ham pada pertengahan 90-an, pengurus Chelsea itu kemudiannya mengharungi perjalanan karier cukup gemilang menyaksikannya memenangi tiga gelaran Liga Perdana Inggeris, empat Piala FA, dua Piala Liga, sekali memenangi Liga Juara Eropah dan Piala Europa bersama Chelsea.

Dia kemudiannya bermain selama semusim bersama Manchester City sebelum mengakhiri karier di Amerika Syarikat dengan menyarung jersi New York City.

Lebih 20 tahun bergelar pemain professional, Frank Lampard telah berpeluang bermain dengan ramai pemain-pemain hebat lagi menakjubkan, dan ini lima pemain dinamakannya sebagai yang terbaik dia pernah beraksi bersama.

John Terry dan Didier Drogba

“Mereka bukan sahaja pemain bolasepak yang hebat, tetapi mereka adalah sang juara yang sentiasa mahukan kemenangan, dan itulah yang membezakan mereka dengan pemain-pemain lain.

“Dalam perlawanan-perlawanan besar, apabila situasi memerlukan, dua pemain ini, akan tampil dengan karakter yang saya katakan tadi, memberikan segala apa yang terbaik, dan atas sebab itu saya boleh katakan dengan yakin mereka adalah dua pemain terbaik yang pernah saya bermain.”

Eden Hazard 

“Sepertimana namanya, Hazard (bahaya) adalah pemain yang cukup berbahaya. Tiada had sejauh mana dia boleh pergi, dia adalah pemain paling berbakat besar pernah menjadi rakan sepasukan saya dan ketika kemuncak prestasinya, dia tidak boleh disekat.

“Dia pernah katakan mahu berada sekumpulan dengan pemain-pemain terbaik dunia, dan saya tidak pernah ragu dengan kredibilitinya. Kini dia di Real Madrid, dan dengan sedikit lagi konsistensi dia boleh untuk berada sebaris Cristiano Ronaldo mahupun Lionel Messi.”

Gianfranco Zola

“Zola pemain yang sangat dekat dan begitu bermakna kepada penyokong. Daripada ramai pemain asing yang datang ke kelab pada permulaan era baru, Zola adalah pemain yang paling penyokong sayangi berbanding yang lain.

“Dia seorang yang cukup luar biasa baik di dalam mahupun luar padang. Seorang individu yang hebat dan pemain bola yang menakjubkan.”

Sergio Aguero

“Saya tidaklah bermain lama dengan Manchester City, tapi sebaik menyertai kelab saya sudah boleh lihat pemain ini berkelas dunia. Sentuhan jaringan Aguero ketika latihan adalah cukup dasyat, mengagumkan dan dia membawa sentuhan yang sama itu ketika perlawanan.

“Tidak perlu cakap banyak, anda hanya perlu tengok rekod jaringannya sejak dia menyertai City untuk mengakui dia seorang yang berada dalam kelas tersendiri dan saya gembira pernah bermain dengannya.”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.