‘Geng’ Lubnan puji melambung Liga Malaysia

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Tonggak Uitm FC Rabih Ataya mendedahkan liga yang dikendalikan secara profesional serta kompetitif menjadi daya penarik utama kepada pemain dari Lubnan untuk hadir mencuba nasib bermain di negara ini.

Selain itu faktor persekitaran turut memainkan peranan penting dan Rabih Ataya mengakui cukup gembira dengan apa dilalui sejak tinggal di sini lapan bulan yang lalu.

Malah, dia juga mendedahkan hampir semua pemain Lubnan yang pernah bermain di Liga Malaysia memberikan pujian dan memintanya tidak berfikir panjang untuk bermain di sini.

“Ada lima pemain Lubnan yang pernah dan sedang bermain di sini berkongsi pengalaman mereka.

“Antaranya Jad Nourreddine (Perak), Abou Bakr Al-Mel (Kelantan) dan Hassan Ali Chaito (Terengganu), mereka semuanya beritahu suruh datang ke sini sambil menceritakan semuanya cukup positif tentang di sini termasuk saingan liganya.

“Tambahan saya sebagai seorang muslim, situasi Malaysia sebagai negara Islam memudahkan saya buat keputusan dan selepas tinggal di sini, saya begitu gembira daripada semua segi,” katanya.

Tambahnya, “Saya tidak mengetahui banyak mengenai Liga Malaysia sebelum datang ke sini tetapi sejak bermain dengan UiTM, saya rasa berpuas hati dengan kualiti permainan di sini.

LIGA MALAYSIA DIURUSKAN SECARA PROFESIONAL

“Sebagai contoh, dua perlawanan saya hadapi JDT (Johor Darul Ta’zim) dan Kedah, dua pasukan yang lihat begitu baik walaupun pasukan saya tewas kepada JDT dan seri dengan Kedah.

“Liga Malaysia semuanya diuruskan secara profesional berbanding dengan apa ada di Lubnan walaupun begitu kompetitif tetapi secara keseluruhannya tidaklah profesional seperti di sini.

Mohammed Ghaddar adalah antara nama besar dari Lubnan yang pernah mewarnai saingan Liga Malaysia terutama bersama Kelantan apabila memenangi Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada 2012 selain turut merangkul kejuaraaan Liga Super dan Piala Malaysia bersama JDT pada 2017.

Ataya sudah menjaringkan satu gol selepas empat perlawanan bersama dalam saingan CIMB Liga Super ketika Uitm FC menewaskan PDRM FA 3-1.

Dia juga menjadi antara pemain import yang menyerlah dalam saingan CIMB Liga Super setakat ini apabila aksinya di posisi sayap kanan sentiasa menjadi nadi utama kepada jentera serangan UiTM FC.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.