Gol Lawan Dibatalkan Kali Kedua Dalam 4 Hari Kerana Taktik ‘Scam’ Amri Yahyah

Amri Yahyah vs KL City
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Buat kali kedua dalam tempoh empat hari, Amri Yahyah membuatkan gol pasukan lawan dibatalkan kerana taktik ‘scam’ liciknya.

Jika pada 1 Ogos lalu, Amri Yahyah menjadi punca Terengganu FC berputih mata berikutan gol David Da Silva pada minit akhir dibatalkan setelah dia memerangkap Rahmat Makasuf dalam kedudukan ofsaid, kali ini dia mengulangi ‘trick’ sama ketika menentang KL City.

Pemain veteran Liga Malaysia itu mengumpan pemain KL City untuk naik ke atas ketika situasi sepakan percuma pada minit ke-58, dan di saat Paolo Josue mahu melakukan sepakan, dia pula berlari naik ke atas sekaligus menyebabkan gol itu dibatalkan kerana ofsaid.

Perlawanan di Stadium Likas itu berkesudahan seri 1-1 dengan KL City terlebih dulu berada di depan menerusi jaringan sendiri Randy Baruh pada minit ke-22 manakala Sabah FC membalas menerusi Levy Clement Madinda pada minit ke-65.

Pengendali KL City Bojan Hodak berkata, “Ia satu perlawanan yang menarik, dan pertamanya ia cukup mengejutkan untuk melihat padang Stadium Likas. Secara jujur saya boleh katakan inilah salah satu padang terbaik di Malaysia.

“Pemain boleh bermain bolasepak yang cantik, ia perlawanan yang seronok tetapi sayangnya tiada penyokong. Kita mencipta banyak peluang dan membazirkannya. Ini situasi sama sejak beberapa perlawanan lalu, tetapi tidak banyak yang boleh saya buat kerana terpaksa mempertaruhkan penyerang muda.

“Sabah bermain cukup berbahaya terutama ketika counter-attack, pemain saya menanganinya dengan cukup baik dan kita ada satu gol dibatalkan, saya tidak tahu kenapa, perlu tengok semula (video), ia mengecewakan tetapi kita perlu bangkit.”

Manakala pengendali Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto berkata, “Pemain bekerja keras, cuma kecewa keputusan tidak memihak kita apatah lagi kita sasar tiga mata. Kita telah menguasai perlawanan dan mencipta peluang, tapi seperti biasa masalah penyudah.

“Apabila kita tidak dapat menyempurnakan peluang, kita dihukum, dan membayar kesilapan dengan harga mahal. Saya taknak salah sesiapa, kegagalan (kutip mata penuh) bukan kerana seorang pemain, tapi keseluruhan pasukan. Kita hilang mata sebab kesilapan sendiri.”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.