Guilherme De Paula Tidak Mahu Buang Masa Fikir Kritikan & Kutukan Penyokong

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Penyerang naturalisasi negara, Guilherme De Paula sedar prestasinya menjadi sasaran kritikan namun dia tidak mahu membuang masa memikirkan mengenainya.

“Saya hidup dengan kritikan. Saya tahu, sesetengah peminat macam pembenci. Ada yang suka ada yang tidak.

“Saya tidak mempedulikannya walaupun menyedarinya memandangkan nama saya disebut di media sosial.

“Tapi saya tidak mengambil pusing sangat kerana karakter saya sebagai pemain bola sepak. Ini lumrah, saya bukan lagi pemain muda, saya sudah berumur 34 tahun.

“Dalam bola sepak di Malaysia, saya sedar kritikannya. Kini pemain naturalisasi ini dapat menyumbat gol untuk Malaysia, saya gembira,” katanya di Nadi Arena.

Sejak mula menyarung jersi Harimau Malaya pada bulan Jun lalu di pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Guilherme De Paula telah beraksi lima perlawanan termasuklah menentang Jordan dan Uzbekistan pada minggu lalu.

Begitupun selain jaringan penalti menentang Vietnam, tiada sumbangan besar lain dari pemain ini yang pada mulanya diletakkan ekspetasi tinggi.

Ini menyebabkan rata-rata pemerhati termasuk Serbegeth Singh (bekas pemain kebangsaan) mengatakan menaturalisasikannya adalah satu kesilapan. Malah Shebby juga mengatakan FAM tidak perlu try hard untuk membuktikan pemain ini masih relevan dengan terus memberikannya peluang menyarung jersi Harimau Malaya.

Berita Berkaitan : Jangan FAM Gadai Maruah Negara Dengan Terus Memberi Peluang Kepada De Paula

“Ia ibarat pembulian. Saya sedar nama saya disebut-sebut. Saya perlu kuatkan mental kerana mereka menagih lebih banyak jaringan lagi. Ia sukar untuk dikawal (dengan kritikan) jadi saya perlu bekerja keras lagi.

“Saya mahu tunaikan janji kerana saya tahu kemampuan sendiri. Apa yang perlu lakukan ialah berusaha dan berdiam diri.”

Sebagai rekod, De Paula merupakan pemain naturalisasi ketiga negara selepas Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi. Dia pernah beraksi dengan Selangor, PDRM, KL City dan Perak FC sebelum berhijrah ke Johor Darul Takzim pada pertengahan musim ini bersama-sama Shahrul Saad.

Begitupun bersama JDT, De Paula bukan pemain pilihan utama sebaliknya hanya menjadi pemain simpanan dan jarang diturunkan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.