Habis RM10 juta takkan gaji sebulan tak boleh bayar?

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bekas pemain sayap Kelantan FC, Nazrin Nawi masih menanti pengurusan pasukan itu untuk membayar tunggakan gaji bagi bulan November 2020.

Pemain itu menerusi muatnaik status berbentuk sindiran di instastory peribadinya, menulis “Habis RM10 juta takkan tak boleh bayar gaji sebulan, keluar dalam page beria sangat” yang dipercayai ditujukan kepada pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman (Zamsaham).

Ia disusuli hashtag ‘tokse v ore bunyi bayarla’ (tak nak pemain berbunyi bayarlah) dan ‘sapo takir aku takir balik’ (siapa hentam aku hentam balik).

instastory Nazrin Nawi Habis RM10 juta takkan gaji sebulan tak boleh bayar?

Adalah diketahui sejak mengambil alih Kelantan FC pada September 2020 Zamsaham telah berhabis jutaan ringgit bagi menyelesaikan pelbagai hutang lapuk dan tunggakan gaji yang terkumpul sejak dari era kepimpinan Tan Sri Annuar Musa.

Jadi mungkin Nazrin Nawi berpendapat kalau semua tunggakan itu boleh dibayar kenapa tidak tunggakan gajinya yang hanya sebulan.

Pada 5 Mac lalu, Kelantan FC secara terbuka menyelar tindakan Nazrin Nawi dan empat lagi pemain iaitu Masaki Watanabe, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Shahrulnizam Ros Hasni dan Farisham Ismail yang enggan menerima pengurangan gaji bulan terakhir di dalam kontrak mereka.

Kelima-lima pemain itu menghantar tuntutan gaji penuh bulan November 2020 menerusi Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) dan telah diberi masa selama 10 hari untuk menyelesaikannya.

Kelantan FC turut mendedahkan jumlah tunggakan gaji yang perlu dibayar kepada lima pemain itu, dengan gaji Nazrin Nawi adalah sebanyak RM19,000.

Berita berkaitan : Kelantan FC selar keengganan lima bekas pemain terima pemotongan gaji

Pihak pengurusan jelas kecewa dengan tindakan lima pemain itu yang tidak mahu menunjukkan tolak ansur dan memahami situasi pasukan yang berdepan kekangan kewangan kritikal berikutan kegagalan menjana pendapatan dalam musim pendek Liga Malaysia 2020.

Tindakan mereka juga dianggap mementingkan diri apatah lagi, pemain-pemain lain telah bersetuju untuk menerima hanya separuh gaji justeru ia akan dilihat sebagai tidak adil jika hanya lima pemain ini dibayar gaji penuh.

Pun begitu, Kelantan FC menyatakan

Sebagai rekod, Nazrin Nawi merupakan anak jati Kelantan yang berasal dari Tumpat tetapi hanya bermain mewakili negeri kelahirannya pada musim 2020. Sepanjang kariernya dia pernah menyarung jersi Kuala Lumpur, KL Plus, Johor Darul Takzim, Melaka United dan juga Perak FC.

Tiada khabar berita mengenai pasukan disertai pemain berusia 33 tahun itu untuk musim ini.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.