Hafizh, Kasma terbang ke Sepanyol untuk sambung aksi Moto2

Foto: IG Hafizh Syahrin
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Saingan Kejuaraan Dunia MotoGP 2020, GP Sepanyol akan kembali bersambung pada 17-19 julai ini. Perlumbaan yang merangkumi saingan MotoGP, Moto2, Moto3 dan MotoE pada kali ini akan dilangsungkan di Litar Jerez.

Terdahulu, dua pelumba negara, Hafiz Syahrin, 26, dan Kasma Daniel, 19, telah mengharungi perlumbaan pertama musim ini di Litar Antarabangsa Lusoil, Qatar pada mac lalu.

Bagaimanapun, kedua-duanya pulang dengan keputusan yang kurang memberangsangkan di mana Hafizh yang kembali beraksi dalam kelas Moto2 selepas dua tahun hanya menamatkan perlumbaan di tempat ke-19 bersama Aspar Team.

โ€œIni bukan keputusan yang saya mahukan tetapi sekali lagi, ini merupakan pengalaman pertama saya (berlumba) menggunakan chasis Speed Up,โ€ kata Hafizh yang turut digelar El Pescao seperti dipetik daripada New Straits Times.

Manakala Kasma yang melakukan debut Moto2 bersama ONEXOX TKKR SAG Team mengalami perlanggaran pada selekoh pertama sekaligus tidak dapat menamatkan perlumbaan.

โ€œBukan satu permulaan musim yang baik tetapi saya perlu belajar daripada kesilapan ini supaya saya tidak mengulanginya lagi dan saya tetap teruskan matlamat untuk mendapatkan pengalaman. Kami akan kembali dengan kuat untuk perlumbaan seterusnya.โ€ kata Kasma dipetik daripada laman sosialnya.

Hafizh dan Kasma pastinya mahu memadamkan episod malap di GP Qatar pada mac lalu dan meraih keputusan yang lebih baik dalam perlumbaan yang akan berlangsung di Sevilla nanti.

Dalam dua bulan terakhir ini, Hafizh dilihat gigih berbasikal dan ke gimnasium untuk mengekalkan tahap kecergasannya. Persediaan yang sama turut dilakukan oleh Kasma atau dikenali sebagai Dragon Boy.

Difahamkan kedua-duanya telah berlepas dari tanah air dan akan menjalani sesi latihan bebas (FP1) yang dijadualkan pada petang jumaat dan diikuti dengan sesi latihan bebas (FP2) pada malamnya, mengikut waktu Malaysia. Perlumbaan pula akan berlangsung pada hari ahad.

Untuk rekod, saingan Kejuaraan Dunia MotoGP 2020 ditangguhkan sejak mac lalu, ekoran pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Featured Image: Instagram Hafizh Syahrin

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.