Hantaran kaki kiri Hardi Jaafar jadi igauan lawan

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Siapa boleh menafikan kehebatan kaki kiri Hardi Jaafar, bekas pemain tengah kebangsaan di awal era millenium.

Dikagumi rakan, menjadi igauan buat lawan lantas tidak hairanlah penyerang berpengalaman, Safee Sali melabel pemain berasal dari Perak itu sebagai bintang sukar dicari ganti.

Pernah beraksi bersama selama dua musim di Selangor bersama Hardi Jaafar pada 2009 dan 2010, Safee menyifatkan Hardi mempunyai pemain yang punyai keupayaan teknikal cukup tinggi terutama dalam visi melakukan hantaran tepat kepada rakan sepasukan selain sering kali menjaringkan banyak gol menarik dari jarak jauh.

“Menceritakan tentang Hardi, bola dari kaki kirinya memang yang terbaik yang saya pernah jumpa sepanjang beraksi di Liga Malaysia.

“Tiap kali dia melakukan hantaran dari mana-mana posisi, pasti akan tepat dan ini banyak memudahkan tugas saya sebagai penyerang satu ketika dahulu di Selangor dan skuad negara.

“Mungkin dia tiada kepantasan tetapi keupayaan teknikal kaki kirinya yang saya rasa sukar untuk kita jumpa terhadap mana-mana pemain malah saya rasakan masih kekal antara terbaik buat masa sekarang.

“Mengenali Hardi, dia sememangnya seorang yang ceria daripada segi perwatakan tetapi cukup serius jika di atas padang dan saya gembira kerana pernah beraksi pemain sepertinya sebelum ini,” kata Safee Sali yang menyenaraikan Hardi dalam Pilihan XI Safee dengan formasi 4-5-1.

Pemain lain disenaraikan adalah seperti di bawah (kedudukan di dalam gambar bukan posisi sebenar pemain, sekadar disesuaikan dengan formasi).

Line Up Safee Hantaran kaki kiri Hardi Jaafar jadi igauan lawan

Dalam pada itu, Safee turut mendedahkan beraksi dengan Pablo Aimar ketika di JDT juga sebagai satu kenangan manis dalam kariernya.

“Dia sememangnya pemain berkelas dunia dan sudah cukup dikenali pada waktu itu sebelum ke JDT, jadi saya cukup teruja.

“Saat tidak boleh lupa ialah tiap kali dalam sesi latihan, memang saya tidak boleh rampas langsung daripada kakinya dan kehebatannya mengawal bola cukup menakjubkan walaupun bertubuh kecil

“Banyak juga perkara yang saya belajar daripadanya dan kekal sebagai memori manis buat saya sebagai pemain,” kata Safee Sali lagi.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.