“Hanya pengadil yang tahu dia disentuh atau ditolak”, kata Sathianathan

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Keputusan tidak konsisten pengadil perlawanan di dalam menghukum pemain-pemain atas kesalahan yang sama (terutama menolak pengadil) menjadi antara topik tumpuan sejak Liga Malaysia bermula pada Mac lalu.

Beberapa insiden telah berlaku bermula dengan Jack Hindle menolak pengadil ketika Kelantan FC menentang Perak II, kemudian Natxo Insa ketika Johor Darul Takzim menentang Perak, Fadzrul Danel ketika Kedah menentang Terengganu FC serta terbaru Gonzalo Cabrera ketika JDT menentang Sri Pahang.

Mungkin ada lagi insiden-insiden dalam perlawanan lain tetapi tidak terlalu menonjol.

Jack Hindle dan Natxo Insa terlepas dari sebarang layangan kad ketika perlawanan, tetapi Fadzrul Danel dilayangkan direct red card manakala Gonzalo Cabrera pula hanya kad kuning.

Kesalahan kesemua mereka adalah sama iaitu menolak pengadil, tetapi kenapa tindakan diambil berbeza-beza?

Perkara ini ada dibangkitkan Datuk Jamal Nasir sebelum ini, dengan mendakwa ada berlaku double standard dalam pengadilan, tetapi Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia B.Sathianathan yang juga Pengarah Teknikal Sarawak United punyai pandangan berbeza dengan memberitahu hanya pengadil yang tahu situasi sebenar ketika dia membuat keputusan.

“Kita sebagai pihak yang berada di luar padang, tidak tahu dengan lebih jelas apa yang berlaku. Sama ada seseorang pengadil itu disentuh atau ditolak oleh pemain, kita tidak boleh terus menjatuhkan hukuman.

“Kalau tolakan kasar, pengadil kena buat keputusan terus bagi kad merah. Tapi kalau tolakan itu lebih kepada sentuhan, ia terpulang kepada budi bicara pengadil itu sendiri.

“Jika pengadil itu bijak, dia akan memberikan kad kuning bagi memastikan insiden sama tidak berulang. Pengadil kena guna budi bicara untuk tahu bagaimana sentuhan itu adakah cara kasar atau cara baik.

“Bagi saya, tolak itu satu kekasaran manakala sentuh itu pula memberikan persepktif yang berbeza. Kadang-kadang orang kata tolak, tapi sebenarnya sentuh dan begitu juga sebaliknya.

“Jika seseorang pengadil itu merasakan dirinya terancam akibat dikasari, dia boleh melayangkan terus kad merah kepada pemain. Begitu juga sebaliknya dan semua ini bergantung kepada situasi pada masa kejadian.

“Jika tangan pengadil di belakang badannya dan ada pemain menyentuhnya, itu dikira tolak. Tetapi jika tangan pengadil bebas bergerak dan ada pemain menyentuhnya, itu bukan tolak. Itu namanya sentuhan,” ujar bekas jurulatih kebangsaan itu seperti dilaporkan Sinar Sukan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.