Hatrik Arif Aiman Pacu JDT Ke Final Piala FA

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Tiada kejutan berlaku di Stadium Sultan Ibrahim, tatkala Johor Darul Takzim melangkah penuh bergaya ke perlawanan akhir Piala FA dengan membelasah Penang FC 6-1.

Penang FC turun dengan semangat dan keyakinan cukup tinggi untuk meneruskan prestasi cemerlang mereka dalam Piala FA, namun mendapati JDT terlalu unggul, terlalu sukar untuk disaingi.

Skuad kendalian Hector Bidoglio menjaringkan dua gol pantas di separuh masa pertama, menerusi duo sensasi mereka Bergson da Silva (m-19) dan Fernando Forestieri (m-23) untuk mendahului 2-0.

Penang yang menterjemahkan kebangkitan sensasi ketika menentang Pahang selepas ketinggalan dua gol ketika aksi suku akhir, gagal mengulangi prestasi sama.

Sebaliknya skuad Zainal Abidin Hassan mendapati mereka ketinggalan dengan tiga jaringan tatkala perlawanan baru lima minit bersambung, menerusi dua jaringan pemain muda Arif Aiman Hanapi minit ke-48 dan 51.

Penang merapatkan kedudukan menerusi tandukan Lucas Silva pada minit ke-54, namun Arif Aiman melengkapkan hatrik pertama kariernya pada minit ke-62 manakala Syahmi Safari menambah satu gol pada masa kecederaan sekaligus memacu JDT mara ke final buat kali ketiga.

JDT akan berdepan sama ada Terengganu atau Selangor pada perlawanan akhir.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.