Hidalgo Tak Jadi Keluar, Muslim Turut Buat U-Turn Kembali Perkasa Sri Pahang

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemain import dari Argentina, Manuel Hidalgo membawa perkhabaran ceria buat penyokong Sri Pahang apabila bakal kembali memperkuatkan pasukan itu bagi saingan musim baru Liga Malaysia.

Minggu lalu pemain itu bersama-sama empat lagi pemain import iaitu Herold Goulon, Yakubu AbuBakar, Aung Kaung Mann dan Kenny Athiu beserta sembilan pemain tempatan diumumkan tidak disambung kontrak oleh pasukan gergasi pantai timur itu.

Berita Berkaitan : Sri Pahang Salin Kulit, Hidalgo dan Muslim Antara 14 Pemain Yang Dilepaskan

Begitupun menurut sumber LabolaMalaya pemain bertubuh kecil berusia 22 tahun itu telah menyatakan hasrat ingin kekal bersama Sri Pahang walaupun pada awalnya mahu mencari angin baru dan setelah beberapa siri perbincangan bersama pihak pengurusan, dia akhirnya ditawarkan kontrak baru.

“Persetujuan telah dimeterai dan dia juga gembira untuk terus bersama Sri Pahang, pengurusan yakin dia akan tampil lebih baik dan memberi sumbangan lebih besar di bawah jurulatih baru nanti,” ujar sumber Labola.

Hidalgo yang dibawa masuk pada pertengahan musim 2021 dianggap sebagai rekrut yang berbaloi setelah tampil menyerlah dan menunjukkan kualiti permainan mengagumkan sekaligus memenangi hati penyokong skuad tok gajah, walaupun prestasi keseluruhan Sri Pahang disifatkan sebagai mengecewakan.

Sementara itu, turut akan membuat ‘comeback’ adalah pemain pertahanan berpengalaman yang juga kapten skuad 2021, Muslim Ahmad yang bakal mengharungi musim keenamnya bersama Sri Pahang.

“Namun dia mungkin tidak diberi peranan yang besar dan sekadar menjadi pemain simpanan. Kalau diikutkan dia memang sudah tiada dalam perancangan namun atas beberapa sebab pengurusan menerima permohonannya untuk kembali,” kata sumber itu lagi.

Selain dua pemain itu, turut dikatakan akan menjadi rekrut Sri Pahang adalah David Rowley, Fandi Othman dan Azwan Aripin. Mereka dijangka mengumumkan ketua jurulatih dalam tempoh terdekat manakala Dollah Salleh pula dilantik pengurus pasukan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.