Hilang fokus kerana ekspetasi terlalu tinggi selepas tewaskan JDT

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain enggan melatah dengan kekalahan besar 1-4 dialami pasukannya di tangan Penang FC pada Sabtu, yang menyaksikan mereka terlepas peluang berkongsi kedudukan pendahulu Liga Super bersama Johor Darul Takzim.

Dia juga menafikan barisan pemainnya dibuai keyakinan tinggi susulan kejayaan menewaskan Johor Darul Takzim minggu lalu, tetapi mengakui ekspetasi tinggi penyokong untuk momentum kemenangan diteruskan membuatkan pemain mudanya hilang fokus.

“Bagi saya over confident tu tak adalah. Perlawanan malam ini pun tidak ada kena mengena dengan perlawanan yang lepas ketika bertemu JDT, tapi kita lihat pemain TFC ramai pemain muda, jadi perkara ini adalah proses untuk belajar terutama daripada segi konsentrasi mereka dalam permainan kerana ianya penting dalam pasukan.

“Pada malam ini pun saya kesan ada beberapa pemain tidak beraksi seperti biasa, mungkin selepas kita berjaya menang dengan JDT, expectation terlalu tinggi ditambah beraksi di depan penyokong sendiri yang mungkin memberi tekanan kepada beberapa pemain berbanding bermain di luar.

“Tapi keseluruhannya bagi saya skuad lawan bermain dengan baik walaupun kita mencuba, bermula pada awal permainan lagi, mereka menggunakan kelebihan dengan situasi ‘set piece’.

“Memang kita tahu apa kelebihan pasukan lawan, lagipun kitapun sudah bersedia, tapi dalam permainan mungkin individu menghadapi tekanan atau hilang fokus, kerana keputusan di padang hanya pemain yang boleh lakukan.

“Pada babak kedua pemain kita juga beraksi baik dengan memberi tekanan kepada lawan dengan tempo permainan lebih pantas, ketika kita berjaya merapatkan kedudukan 2-1, kita yakin boleh bangkit tapi pemain melepaskan dua gol mudah hasil kesilapan kita sendiri sekaligus moral pemain sedikit menurun, lagipun sukar untuk mencari gol lagi dengan tempoh masa yang ada,” kata Nafuzi Zain selepas perlawanan. 

Pada perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu, Penang FC bimbingan Thomas Trucha mendahului 2-0 di babak pertama menerusi jaringan Sheriddin Boboev dan Endrick Dos Santos.

Hakimi Abdullah menjaringkan gol keempatnya musim ini untuk merapatkan kedudukan, namun dua jaringan pantas Casagrande pada minit ke-66 dan 68 memastikan kemenangan mutlak buat Penang FC.

 

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.