Himpunan kenyataan Benjamin Mora selepas setiap kali JDT cicirkan mata

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Ketua jurulatih Johor Darul Takzim, Benjamin Mora seringkali menjadi tumpuan berikutan kenyataan diungkapkannya selepas setiap perlawanan, terutama ketika pasukannya mencicirkan mata.

Secara keseluruhan selepas tamat 11 perlawanan pusingan pertama Liga Super 2021, JDT telah mencicirkan mata dalam empat perlawanan (tiga seri, satu kalah). Labola Malaya menghimpunkan kenyataan-kenyataan Benjamin Mora selepas empat perlawanan tersebut.

1. Selepas bangkit mengikat Selangor 1-1 di Stadium Sultan Ibrahim

“Mereka ke mari macam bermain di perlawanan akhir Piala Dunia, tidak semua pasukan beraksi sebegitu apabila menentang JDT tetapi memang saya sudah menjangkakan situasi sedemikian.

“Saya tidak fikir mereka beraksi dengan baik cuma mereka berikan tekanan, agresif dan menyukarkan kami pada 20-30 minit pertama dengan corak permainan pantas dan melakukan apa yang patut untuk tidak tewas dalam perlawanan ini, kalau mereka seri dengan JDT, ia dianggap satu kejayaan musim ini.

“Di separuh masa kedua kita menguasai perlawanan dan beroleh banyak peluang jaringan, mereka (pemain Selangor) kerap terjatuh, banyak kali membuang masa. Ini adalah normal, mereka menggunakan sebaik mungkin sumber yang ada tetapi kami tidak akan membiarkan ini berulang apabila bertembung sekali lagi.”

Berita berkaitan : ‘Selangor bukannya bermain baik, hanya lakukan apa yang patut untuk tidak kalah’

 

2. Selepas bangkit mengikat Perak FC 2-2 di Ipoh

“Semua orang mahu menewaskan juara. Semua orang mahu menewaskan pasukan terbaik. Semua orang mahu menewaskan pemain terbaik.

“Jadi ia perkara normal. Jika saya jurulatih pasukan lain, saya akan melakukan perkara sama ketika berdepan JDT.

“Tetapi saya akan bermain dengan adil kerana standard saya sebagai jurulatih adalah untuk berlaku adil dan bermain bola sepak.

“Tidak seperti yang beberapa pasukan lakukan, seperti malam ini (Perak), mereka banyak sekali merebahkan badan dan saya tidak boleh katakan ia sebagai permainan yang adil. Saya boleh katakan ia sebagai strategi yang tidak berapa bagus,” ujar Benjamin Mora.

Berita berkaitan : ‘Rebahkan badan dan buang masa bukan standard saya’

 

3. Selepas tewas 0-1 kepada Terengganu FC

“Pasukan lawan akan guna apa sahaja cara untuk menghilangkan momentum JDT dengan sering melambatkan permainan dan membazirkan masa. Pemain lawan mula rebah dengan alasan mengalami kecederaan, bagi saya itu semua tiada semangat kesukanan.

“Mereka tahu sukar tewaskan JDT dan sebaik mendahului kami dan kesempatan itu diguna sepenuhnya untuk menganggu momentum permainan yang kami rancang dan ia merupakan strategi mereka. Cara itu bagi saya merosakkan keindahan permainan bola sepak yang sepatutnya dimainkan dengan secara lebih taktikal.

“Ke mana hilangnya semangat kesukanan. Bukan sahaja beraksi dengan kesemua pemain berkampung di kawasan sendiri dan saya akui corak digunakan TFC menyukarkan kami mencipta jaringan tapi rasionalnya biarlah bermain bola sepak dengan permainan terbuka dan bukan jatuhkan badan dan lewatkan permainan.”

Berita berkaitan : TFC tidak bermain bola, tiada semangat kesukanan dan rosakkan keindahan bolasepak

 

4. Selepas bangkit mengikat KL City 1-1

“Kita bermain dengan intensiti tinggi sejak dari separuh masa pertama. KL main dengan baik, kompak, tersusun dan mencabar. Kita mencipta banyak peluang, cuma tidak dapat menjaringkan gol.

“Percubaan Gonzalo (Cabrera) terkena tiang dan ada beberapa hantaran lintang berkualiti yang tidak dapat disudahkan. Kita menekan mereka sepanjang 95 minit jadi saya tidak nampak apa yang dikatakan tidak tunjukkan kesungguhan.

“Memang kita kehilangan mata, ia normal dalam bolasepak. Tetapi tiada apa yang berlaku (di kem JDT), kita cuma tidak menang. Kita masih di tangga teratas liga dan cuba mengekalkan kedudukan itu.

“Tiada keraguan mengenai kesungguhan para pemain, mereka buat yang terbaik, ya mereka telah buat dengan sangat-sangat bagus, kita boleh lihat bagaimana mereka tidak henti berlari, melakukan hantaran, gerakan, cuma kita tidak menang, itu sahaja, inilah bolasepak.

“Saya lihat satu lagi permainan berbeza dari JDT, pemain-pemain telah bermain sebagai satu pasukan dan membuat yang terbaik.

“Setiap pasukan akan mengalami fasa sukar dalam satu-satu musim, itu biasa, kita telah berada lama di tangga teratas dan sedang melalui saat sukar. Kita bukan superman, yang penting kita fokus, kerja keras dan terus pandang ke depan.”

Berita berkaitan : Ia perkara biasa dalam bolasepak, kita bukan superman

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.