Hong Wan Sepatutnya Dilayangkan Kad Merah – Subkhiddin

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bagaimana pemain Johor Darul Takzim, Nathaniel Shio Hong Wan boleh terlepas layangan kad merah terus (direct red card) selepas melakukan bentesan berbahaya ke atas pemain Terengganu?

Itu persoalan yang timbul apabila pengadil Mohd Hasrol Mohd Amir masih boleh berbudi bicara dan sekadar memberikan amaran kepada Hong Wan pada minit ke-75 selepas pemain itu membuat bentesan menggunakan kedua-dua belah kaki ke atas Muhammad Syafik Ismail.

Jangankan kad merah, kad kuning pun tak dilayangkan untuk kekasaran tersebut sedangkan insiden berlaku betul-betul di hadapan pengadil.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, yang juga Pengadil FIFA, Subkhiddin Mohd Salleh menyuarakan pendapat beliau dengan mengatakan bahawa kesalahan Hong Wan adalah serious foul-play dan sepatutnya dilayangkan direct red-card.

“Kita perlu melihat kepada beberapa pertimbangan, dari pemerhatian saya, pemain berjersi nombor 6 biru (Hong Wan) berlari dari satu jarak dan melakukan sliding tackle pada kelajuan tinggi.

“Pemain itu gagal mengawal badannya yang terus menggelongsor dan menyebabkan force berterusan di point of contact lawannya. Kaki (Hong Wan) lurus dan penggunaan stud adalah jelas semasa takel dilakukan.

“Keputusannya, saya berpendapat (Hong Wan) bersalah untuk kesalahan serious foul-play dan kad merah sepatutnya diberikan. Berdasarkan peraturan permainan 2022/23, satu bentesan atau kekasaran yang mendatangkan bahaya kepada pemain lawan atau menggunakan kekerasan yang melampau mestilah ditakrif sebagai serious foul-play. Terima kasih.,” ujar Subkhiddin.

Pada perlawanan itu, JDT menang 2-1 menerusi jaringan Bergson da Silva dan Fernando Forestieri manakala gol tunggal Terengganu dijaringkan Hakimi Abdullah.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.