Identiti Pemain Terlibat Kes Rogol Didedahkan Berikutan Tularnya Laporan IO

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Identiti pemain yang terlibat di dalam kes rogol yang menjadi bualan hangat sehari dua ini, terdedah tatkala laporan siasatan pegawai penyiasat (IO) mengenainya tular di media sosial.

Pemain yang dimaksudkan itu adalah penyerang Kelantan United berusia 28 tahun, yang merupakan produk Piala Presiden Kelantan.

Pemain itu juga pernah bermain dengan skuad Liga Super Kelantan pada tahun 2016 dan 2017 sebelum membuat keputusan untuk berhijrah bagi mencari minit permainan.

Dianggap salah seorang penyerang muda terbaik dalam negara pada ketika zamannya, dia pernah dilabel salah seorang penyerang terbaik pernah disaksikan dalam saingan Piala Presiden dan turut membantu Kelantan menjuarai Piala Presiden 2013 dan 2015.

Selain itu, pemain ini juga penjaring terbanyak saingan Liga M3 pada 2019 bersama Kelantan United.

Berdasarkan fakta kes pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata, “Dalam laporan yang dibuat, mangsa yang juga seorang jurujual kain dan tudung berada di rumahnya di Kampung Kijang, Jalan PCB, keluar dari bilik untuk membuang sampah pada jam 12.30 tengah hari Ahad lalu.

“Mangsa mendakwa didatangi suspek yang tiba-tiba menolaknya dari belakang sebelum mengheretnya ke katil dalam bilik tidur.

“Mangsa cuba melawan dan menjerit namun tiada ahli keluarga di rumah ketika kejadian dan remaja perempuan itu mendakwa dia dirogol tanpa kerelaan.

Mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan hasil pemeriksaan mengesahkan terdapat satu kesan koyakan baharu.

Tambah Muhammad Zaki, hasil siasatan dan temu bual yang dijalankan, mangsa mengenali suspek yang juga pelanggan tetap di kedai makan milik emaknya.

Mangsa juga mendakwa pernah menerima mesej menerusi aplikasi ‘WhatsApp’ yang berbaur lucah serta gambar lucah daripada suspek tahun lalu ketika masih bersekolah.

“Suspek ditahan pada hari sama di Kampung Kijang, Jalan PCB dan semakan yang dibuat mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.

“Polis turut merampas baju dan seluar yang digunakan oleh suspek ketika jenayah dilakukan.

“Suspek direman empat hari bermula semalam sehingga 2 Jun dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.