Ifedayo : “Selangor satu-satunya pasukan hebat berdasarkan rekod dan pencapaian”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemenang kasut emas Liga Super 2020, Ifedayo Olusegun, tidak melihat ada pasukan lain yang lebih besar dan lebih hebat dalam kancah Liga Malaysia berbanding pasukannya Selangor FC.

Bercakap dalam program Man on the Street terbitan Astro, Ifedayo Olusegun memberitahu dia sudah mengetahui mengenai reputasi gah Selangor sebagai pasukan paling berjaya negara ini sejak sebelum datang bermain di Liga Malaysia.

“Saya sepatutnya menyertai Kelantan pada 2015, tetapi tidak menjadi kenyataan. Kemudian saya membuat selidikan mengenai Liga Malaysia, satu-satunya pasukan saya lihat di dalam carta adalah Selangor.

“Mereka adalah satu-satunya pasukan yang memenangi banyak trofi. Jadi tanpa ragu saya memutuskan mereka adalah pasukan terbesar di Liga Malaysia,” ujar Ifedayo Olusegun yang diperkenalkan ke Liga Malaysia oleh Felda United bimbingan B.Sathianathan pada 2017 (masuk pada jendela perpindahan kedua).

Dia kemudian bermain untuk Melaka United pada 2018 juga masuk pada jendela perpindahan kedua, menunjukkan sentuhan jaringan tajam dengan menjaringkan lapan gol dalam sembilan perlawanan untuk membantu Melaka United keluar dari zon penyingkiran.

“Tawaran untuk saya bermain dengan Selangor datangnya dari Coach Sathianathan yang bertanggungjawab membawa saya masuk ke Malaysia.

“Apabila pasukan besar seperti Selangor mahukan khidmat saya, saya tidak berfikir panjang, malah saya tidak bertanya pun kepada kawan saya mengenai tawaran daro Selangor, terus sign kontrak,” ujar pemain berusia 31 tahun dari Nigeria itu.

Ditanya mengenai siapa lebih besar sama ada JDT mahupun Selangor, ini jawapan Ifedayo.

“Kehebatan JDT sesuatu yang tidak boleh dinafikan, mereka juara liga tujuh kali. Tetapi jika saya seorang dari luar negara yang mencari info mengenai Liga Malaysia secara online di google ke ape, saya akan jumpa nama Selangor dan tiada ragu, Selangor adalah kelab terbesar.”

Ifedayo Olusegun juga memberitahu ia tidak mengambil masa lama untuknya memahami tekanan menyarung jersi Red Giants, di mana ekspetasi penyokong adalah cukup tinggi.

“Macam mana bagus kita bermain, tetap akan ada yang cari kesilapan. Kadang dari 10 mesej yang diterima, 9 memuji dan mengucapkan tahniah kerana menang, kerana menjaringkan gol tetapi akan ada satu yang menyakitkan hati. Biasanya saya akan terus padam atau langsung tak buka mesej.”

Ifedayo Olusegun menjaringkan 12 gol pada musim sulungnya di Selangor dan 12 gol pada musim pendek saingan Liga Super 2020 yang mana dia muncul sebagai penjaring terbanyak.

Manakala untuk musim ini, dia sudahpun meledak 10 gol dalam 10 perlawanan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.