Ifwat Akmal cedera selepas melayangkan badan terlanggar tiang gol

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Che Kassim mengalami kecederaan selepas terlanggar tiang gol ketika menentang Felda United, pada Sabtu.

Insiden tersebut berlaku ketika Felda United menjaringkan gol pertama pada minit ke-44 di mana Ifwat kelihatan melayangkan badan untuk menyelamatkan tandukan Syahmi Zamri tapi berkesudahan dengan mengalami terlanggar tiang gol manakala bola menerjah jaring.

Ifwat Akmal kemudiannya digantikan oleh Shahril Sha’ari tatkala Kedah berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 sekaligus melonjak ke tangga kedua Liga Super.

Pengendali Kedah, Aidil Shahrin Sahak mengakui bimbang dengan kecederaan dialami penjaga gol berusia 24 tahun itu dan berharap dia sempat pulih menjelang aksi menentang Sabah pada 19 September.

“Kita akan rujuk kepada doktor dan saya harap ia bukan kecederaan serius. Renan (Alves) juga akan kembali jadi saya berharap Ifwat segera pulih agar dapat menurunkan skuad terbaik nanti.”

Mengenai kejayaan pasukannya bangkit dan mencatat kemenangan ketiga berturut-turut menerusi jaringan Kipre Tchetche (m-47) dan Hadin Azman (m-66), Aidil Shahrin kagum dengan semangat luar biasa yang ditunjukkan.

“Pemain faham apa yang perlu dilakukan selepas ketinggalan, tahu betapa pentingnya tiga mata ini dan bangkit di babak kedua.

“Perubahan taktikal dengan memasukkan Alex (Azamuddin Akil) di separuh masa kedua bagi memberikan banyak pilihan pada situasi serangan nyata membuahkan hasil selepas kami ketinggalan 1-0.

“Selain itu, pemain saya bijak mengimbangi corak intensiti tinggi yang diberikan Felda kerana kita tahu rata-rata mereka adalah pemain muda dan saya bangga dengan apa ditunjukkan pemain.

“Saya hanya mahu pemain berikan tumpuan dari perlawanan tiap perlawanan dan fokus utama kami adalah mengenai aksi dengan Sabah di laman sendiri, saya harap kami dapat teruskan momentum ini dan pemain nyata menunjukkan semangat yang luar biasa pada masa sekarang,” kata Aidil Shahrin.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.