“Ini TMJ tuan-tuan, saya bukan bangsa cakap kosong macam orang lain”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemilik Johor Darul Takzim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan bahawa kesemua mereka yang terlibat di dalam dunia bolasepak sama ada kelab, pemain, ejen mahupun persatuan adalah berhubung kait antara satu sama lain.

Reaksi Tunku Ismail itu adalah susulan pertikaian yang tercetus selepas beliau mendakwa Kiko Insa adalah ejen yang bertanggungjawab membawa Manuel Hildago menyertai Sri Pahang FC.

Kiko Insa merupakan Penolong Bahagian Pemantau Bakat dan Pembangunan Belia JDT.

Bagaimanapun Manuel Hildago sendiri menafikan perkara itu, sebaliknya memberitahu Lucas Cominelli dari 7ORO Sports adalah ejennya.

Malah Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang, Datuk Suffian Awang turut mengesahkan perkara itu sambil memberitahu “janganlah lembu punya susu sapi dapat nama.”

Namun Tunku Ismail tidak melatah, sebaliknya menerusi dua komen berbeza di instagram, beliau memberitahu:

“(7ORO Sports) Satu daripada rakan kerjasama kami. Organisasi saya ada banyak rakan kerjasama. Ini TMJ tuan-tuan, lagi-lagi dalam industri bolasepak. Awak ingat saya macam orang lain ke cakap-cakap kosong. Awak sepatutnya tahu (tentang saya), takkan penyokong bolasepak tanah air belum kenal saya lagi?”

Komen Tunku Ismail Manuel Hildago "Ini TMJ tuan-tuan, saya bukan bangsa cakap kosong macam orang lain"

Komen Tunku Ismail "Ini TMJ tuan-tuan, saya bukan bangsa cakap kosong macam orang lain"

Kemudiannya di instastory beliau, Tunku Ismail menulis, “Saya pemilik kelab bolasepak, saya mengurus kelab saya, dan saya tidak perlu cerita tentang pencapaian saya dalam dunia bolasepak.

Instastory Tunku Ismail TMJ "Ini TMJ tuan-tuan, saya bukan bangsa cakap kosong macam orang lain"

“Saya dah jumpa, belajar dan kenal dengan ramai orang berjaya dalam bolasepak. Saya ingin berkongsi saru fakta dengan penyokong bolasepak tanah air. Di dalam bolasepak, SEMUA termasuk kelab, pemain, ejen dan persatuan berhubung kait dan bekerjasama antara satu sama lain.”

Sebagai rekod, Manuel Hildago yang membuat penampilan sulung ketika Sri Pahang menentang Selangor pada Rabu lalu berjaya memenangi hati penyokong menerusi persembahan mengagumkan, apabila menjaringkan satu gol dan melakukan satu assist dalam perlawanan yang berkesudahan 2-2 walaupun dia tidak berada pada tahap kecergasan terbaik.

Pemain dari Argentina itu yang dibawa masuk menggantikan Yevhen Bokhashvili telah menandatangani kontrak sehingga hujung musim dan Suffian memberitahu kontraknya akan dilanjutkan jika terus konsisten.

Foto ehsan : Johor Southern Tigers

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.