‘Inilah dinamakan pembangunan’, Kim Swee jawab kritikan Lim Teong Kim

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Penyertaan skuad Projek FAM-MSN dalam saingan Liga Premier 2021 telah dikritik hebat pelbagai pihak, termasuklah bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari, Lim Teong Kim.

Baru-baru ini Lim Teong Kim menyuarakan kebimbangan bahawa membenarkan Skuad Projek FAM-MSN yang dibarisi keseluruhannya pemain bawah 20 rahun (rata-ratanya budak sekolah itu) bermain menentang pemain berpengalaman tidak memberi justifikasi kepada perkataan pembangunan.

Sebaliknya dia berpendapat kekalahan demi kekalahan yang dialami hanya akan membunuh mentaliti kemenangan dalam jiwa pemain muda selain menyoal bagaimana Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Dato’ Ong Kim Swee sebagai salah seorang di belakang skuad projek itu menganggap tindakan membenarkan mereka bermain di Liga Premier satu langkah tepat.

Ong Kim Swee membalas kritikan, dengan mengatakan inilah dinamakan pembangunan dan berharap penilaian tidak dibuat dengan melihat keputusan semata-mata – skuad Projek FAM-MSN kendalian Yusri Che Lah itu telah tewas kesemua lima perlawanan setakat ini.

“Mereka bermain dalam satu liga yang ada pemain import berkualiti, pengalaman seperti ini hanya sebilangan sahaja pemain terpilih dapat di luar negara.  Sebagai contoh apabila pelatih AMD dapat jemputan main di luar negara.

“Kita bercakap mengenai memberikan peluang kepada pemain skuad projek FAM-MSN ini bermain, untuk mereka bersaing di peringkat tinggi.

“Bagi saya untuk mereka dapat memberikan saingan yang baik kepada pasukan dibarisi pemain import pada ketika persiapan tidak dapat dibuat dengan betul kerana ada yang menduduki SPM, adalah satu tanda positif.

“Memang mereka tewas semua perlawanan, tetapi ketika lawan Selangor II mereka bangkit dari ketinggalan 3-0 dan skor dua gol sebelum tewas 4-2. Saya tidak kata mereka akan beraksi dengan baik di Liga Premier, tetapi dengan pendedahan mereka dapat mereka hanya akan jadi pemain yang lebih baik.

Baca : Don’t be results obsessed

“Saya juga lihat pemain sendiri lebih bimbang mengenai prestasi berbanding keputusan. Jika kata akan membunuh mentaliti kemenangan dalam diri mereka, lihat semangat mereka ketika lawan Selangor II, itu menunjukkan mereka tetap bermotivasi.

“Jika mereka bermain dengan lebih teruk, itu akan jadi masalah, tapi semangat mereka tidak pudar. Memang mereka buat kesilapan, tetapi dari masa ke masa mereka tunjukkan peningkatan, jadi matang, dan lebih baik.

“Kekalahan tidak sepatutnya beri kesan negatif kepada mereka, ia adalah ujian kepada kekuatan mental mereka. Inilah dinamakan proses pembangunan, kita mahu membentuk pemain dengan mentaliti yang kuat, supaya mereka boleh menjadi pemain yang boleh berfikir dengan baik, berfikir dengan cepat di atas padang.”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.