Insiden tertusuk kayu, Azizulhasni akui tipu jurulatih demi jaga status no.1 dunia

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang mencipta sejarah apabila melonjak ke ranking nombor satu dunia dalam acara pecut buat kali pertama dalam kariernya pada minggu lalu.

Kejayaan itu turut meletakkan pelumba digelar The Pocket Rocketman sebagai satu-satunya pelumba negara yang pernah berada di ranking pertama dunia bagi acara pecut dan keirin, sekaligus memberi gambaran betapa dia berada pada tahap prestasi terbaik untuk mengegar di Sukan Olimpik Tokyo Julai depan.

Sebagai mengimbau salah satu peristiwa penting yang disifatkan hampir meragut kariernya, Azizulhasni berkongsi kisah kejadian kakinya tertusuk serpihan kayu ketika Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester 10 tahun lalu.

“Beberapa detik selepas jatuh, saya gagahkan diri untuk membuka mata. Keadaan bising dan huru-hara.

“Saya nampak jurulatih John Beasley berada di sebelah saya. John bertanya, “Adakah kamu ok Azizul?”

“Waktu itu saya terpaksa tipu John dan saya tipu diri saya. Saya ingin tamatkan juga perlumbaan tersebut kerana saya ingin menjaga status nombor satu dunia dalam acara Keirin ketika itu. Saya perlu tamat sekurang-kurang tempat keempat.

“Saya pun menjawab, “Saya tidak apa-apa, boleh kamu tolong angkat saya dengan segera?”.

“John seperti tak percaya memandangkan keadaan saya ketika itu. Skinsuit korak rabak, helmet retak dan visor pecah. Saya yakinkan beliau lagi. Terus beliau angkat saya dan saya teruskan kayuhan ke garisan penamat dengan kesakit tahap dewa.

“Lepas dapat tamatkan perlumbaan, saya lega. Saya tahu saya dapat nombor tiga untuk perlumbaan tersebut, bermakna misi tercapai. Terus saya berhenti dan memegang penghadang di tepi gelanggang.

“Waktu itu barulah saya memikirkan tentang keadaan diri saya, tentang kecederaan dan kesakitan yang saya alami. Masyaallah sakit sangat satu badan ni, kepala saya berdengung dan seperti ada bunyi tiupan wisel. Skinsuit saya koyak rabak di beberapa bahagian.

“Waktu itu lah, satu pengalaman yang amat pahit buat saya. Dengan tiba-tiba saya dapat merasakan suatu kesakitan yang teramat sangat. Tak tahu macam mana nak jelaskan.

“Saya yang banyak kali dah jatuh, crash dan cedera sebelum ini, belum pernah merasa sesuatu macam ni. Dan yang peliknya, semua tertumpu di satu bahagian, iaitu kaki sebelah kiri. Saat itu saya tahu ini bukan kecederaan biasa-biasa.

“Saya pun gagahkan diri untuk melihat apakah yang berlaku sebenarnya. Apabila saya toleh ke bawah dan memandang betis kiri saya. YA ALLAH!” nukil Azizulhasni di laman facebook peribadinya.

Untuk melihat prestasi Azizulhasni tidak sekalipun jatuh selepas peristiwa mengerikan itu, malah selepas 10 tahun terus berjaya kekalkan momentum sehingga melonjak ke kedudukan nombor satu dunia, pastinya kebanggaan kita rakyat Malaysia.

Semoga Azizulhasni berjaya mencapai impian bukan sahaja impian peribadi, tetapi impian seluruh rakyat Malaysia untuk memenangi pingat emas di Sukan Olimpik buat pertama kali.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.