Isu tunggakan gaji Kedah, laporan tak sampai ke FAM

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Isu tunggakan gaji pasukan Kedah tidak dilaporkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) justeru tiada keperluan untuk badan induk itu masuk campur atau mengambil tindakan ke atas Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Sebelum ini, media melaporkan bahawa 23 pemain pasukan Lang Merah telah membuat laporan rasmi berhubung isu tersebut kepada Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM).

Menurut Setiausaha Agong FAM, Stuart Ramalingam kepada LabolaMalaya :

“Ya benar terdapat laporan daripada pemain kepada PFAM. Ketika ini ia masih di antara PFAM dan KFA.

“Mereka telah mewakili pemain berunding dengan KFA, memberikan satu tempoh masa untuk tunggakan itu dijelaskan. Disebabkan kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan, maka laporan daripada para pemain tidak dipanjangkan kepada FAM.

“Hanya jika dua pihak itu gagal untuk mencapai kata sepakat barulah satu laporan akan dibuat secara rasmi kepada FAM dan kemudian dipanjangkan ke Jawatankuasa Status.

“Jadi selagi laporan tak sampai kepada FAM, kita anggap ini sebagai perkembangan positif malah saya dengar KFA telah mula membayar gaji.”

KFA sebelum ini dipalit kemelut tunggakan gaji selama lima bulan bermula bulan Mac 2020 yang mana dikatakan berpunca daripada penangguhan liga disebabkan Covid-19 serta peralihan tampuk pimpinan kerajaan negeri.

Baca : Ada tak doa untuk sotong timbul cepat, nazak dah ni

Baca : TMJ beri peringatan supaya selesai dulu hutang, baru cakap pasal potong gaji

Baca : Sanusi persoal kenapa bekas presiden bayar gaji pemain sehingga RM125,000

Pelbagai drama telah dapat disaksikan penyokong bolasepak tempatan sepanjang beberapa bulan lalu berhubung kemelut ini sehinggalah akhirnya Menteri Besar Kedah yang juga Presiden baru KFA Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa bayaran penuh gaji bulan Julai telahpun dilangsaikan.

Sanusi juga berjanji segala tunggakan akan dilunaskan secara berperingkat dan ianya tidak lagi akan berulang di masa akan datang.

Sementara itu, ini pula komen penyerang import ketika dihubungi Labola Malaya.

“Terima kasih atas keprihatinan Presiden, kami bermain bukan sahaja kerana cinta dan sayang kepada bolasepak. Tapi kami bermain untuk nama Kedah, untuk masa depan dan juga keluarga.

“Ini adalah tonik yang sangat kami perlukan menjelang bersambungnya Liga Super. Dan saya yakin segala kemelut ini akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini.”

Foto : FAM

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.