“Jaga Dua Budak Ini Baik-Baik, Mereka Boleh Pergi Jauh” – Chong Wei

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Malaysia menewaskan Indonesia buat kali pertama dalam sejarah Piala Sudirman, dan ia ternyata sangat menggembirakan bekas jaguh badminton tanah air Datuk Lee Chong Wei.

Dalam pertembungan suku akhir yang berlanjutan lebih 6 jam di Vaanta, Finland, Malaysia melakar kemenangan dramatik 3-2 ke atas Indonesia untuk mara ke separuh akhir.

Mata buat Malaysia disumbangkan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan beregu nombor satu dunia Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo; Lee Zii Jia yang menewaskan Anthony Sinisuka Ginting dalam acara perseorangan lelaki; serta beregu campuran Cheah Yee See-Hoo Pang Ron yang mengejutkan beregu nombor empat dunia Jordan Praveen-Oktavianti Melati Daeva.

Indonesia meraih mata menerusi perseorangan wanita Gregory Mariska yang menewaskan S.Kisona serta beregu wanita mereka Greysia Polii/Aprihani Rahayu.

“Kali pertama Malaysia menewaskan Indonesia atas pentas Sudirman Cup. Tahniah seharusnya diucapkan kepada barisan pemain yang tidak mengecewakan walaupun ranking setiap pihak lawan lebih tinggi. Berdebar and terbasah ketiak Chong Wei menonton.

“Zii Jia, Wooi Yik dan Aaron memang power. Tak terkejar minions melawan beregu kita. Zii Jia pula tak kasi chance langsung kepada Ginting, yang tak pernah kalah kepada Zii Jia sebelum ini. Syabas!

“Kisona pula hampir menewaskan Mariska, walaupun Mariska berada di 30 posisi di atas Kisona dalam ranking. Btw, Happy Birthday Kisona. Satu Malaysia celebrate for you, beb.”

Chong Wei turut teruja dengan permainan menghiburkan ditunjukkan gandingan beregu wanita, Pearly Tan/M.Thinaah yang mengheret pemenang emas Sukan Olimpik 2020 ke set penentuan.

“Masuk game keempat. Lawan Olympic champion tu. Ingatkan senang senang kalah. Tapi tidak! Pearly dan Thinaah hampir hampir tapaukan bergu emas Indonesia. Chong Wei suka tengok Thinaah and Pearly yang selalu bersenyum dan berkomunikasi di atas gelanggang. Trust me, this pair akan pergi jauh. Syabas!

“Lastly, lawan bergu campuran ranking no 4 dunia. Ramai tak kenal pun bergu campuran Malaysia ni. Tapi Cheah Yee See dan Hoo Pang Ron menunjukkan Malaysia tidak lemah, Malaysia tidak akan kalah sewenang wenangnya.

“Bagai dirasuk harimau Malaya , dua pemain muda Malaysia ini menghadiahkan kemenangan ajaib untuk negara tersayang. Terharu gak apabila mata terakhir dikenal pastikan oleh mata helang.

“Tahniah team! Rehatlah! Sudah tapau ayam penyet, malam ini kita kasi tapau Bento!”

Begitupun Chong Wei sedikit kecewa dengan penjaga garisan yang beberapa kali membuat keputusan silap (terbukti melalui ulang tayang video) dan berharap penjaga garisan lebih berkualiti ditugaskan apabila Malaysia menentang Jepun malam ini (Sabtu).

“Aiyoo, teruk gila linesman (penjaga garisan) dekat Finland malam tadi. Tolong la improve woi, kalau tak saya kasi call mak pemain Finland, Teemu Pukki, kasi komplen sama lu orang,” seloroh bekas pemain nombor satu dunia itu.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.