Jamal Nasir Sedih Dan Terkejut Tidak Disenaraikan FIFA

Jamal Nasir
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Baru-baru ini FIFA telah mengisytiharkan tujuh bekas pemain kebangsaan sebagai ahli terbaru Kelab Abad FIFA (FIFA Century Club) yang dikhaskan untuk pemain yang mencatat 100 penampilan antarabangsa ke atas.

Mereka ialah Datuk Soh Chin Ann (195 kaps); Zainal Abidin Hassan (170 kaps); mendiang Dato’ M. Chandran (163 kaps); Dato’ Abdul Shukor Salleh (163 kaps); Datuk Santokh Singh (145 kaps); Allahyarham Dato’ Mokhtar Dahari (138 kaps); dan mendiang Datuk R. Arumugam (131 kaps).

Namun begitu, ada dua nama yang turut mencatat lebih 100 penampilan tetapi tidak disenaraikan FIFA iaitu Datuk Jamal Nasir Ismail dan Ahmad Yusof.

Ia jelas mengecewakan Jamal Nasir memandangkan beliau sebelum ini pernah mendapat pengiktirafan daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) apabila diisytihar sebagai ahli Kelab Abad AFC pada 1999.

Baca : Jamal Nasir bingung JDT seolah ada kelebihan

“Saya agak terkejut juga apabila dimaklumkan tidak berpeluang untuk tersenarai sebagai keanggotaan Kelab Abad Fifa kerana tidak menepati syarat jumlah perlawanan dipentas antarabangsa.

“Sedangkan saya 111 kali beraksi bersama pasukan negara dipentas antarabangsa, sepatutnya jumlah itu sudah cukup bagi memenuhi syarat ditetapkan Fifa.

“Tak apalah, saya menerima dengan hati yang terbuka sebarang keputusan daripada FIFA, bukan rezeki saya untuk terpilih anggota Kelab Abad FIFA, hanya memadai sebagai anggota Kelab Abad AFC sahaja.

“Mungkin cara pengiraan jumlah perlawanan berstatus A oleh AFC dan FIFA tidak sama,” ujar Jamal Nasir yang menyarung jersi negara dari tahun 1972 hingga 1984.

Antara pencapaian beliau bersama skuad negara adalah memenangi pingat emas Sukan SEA untuk dua edisi berturut-turut iaitu edisi 1977 di Kuala Lumpur dan edisi 1979 di Jakarta.

Selain itu, Jamal Nasir juga memenangi Pesta Bola Merdeka pada 1976 dan 1979.

Kejayaan beliau yang paling signifikan dan diingati adalah menjadi sebahagian daripada skuad Malaysia yang melayakkan diri ke Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980.

Tetapi skuad negara akhirnya tidak beraksi di temasya sukan terbesar dunia itu berikutan daripada tindakan Kerajaan Malaysia yang memboikot Sukan Olimpok Moscow bagi membantah tindakan Soviet Union yang menceroboh Afghanistan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.