“Jangan Nak Tukar Cerita” – Tegas TMJ Kepada Faizal Azumu

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemilik Johor Darul Takzim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Faizal Azumu supaya tidak berdalih berhubung kenyataannya mengenai kos membuat padang baru di Stadium Nasional Bukit Jalil yang menelan belanja RM10 juta.

Baru-baru ini, Tunku Ismail menyatakan beliau terkejut apabila diberitahu Ahmad Faizal mengenai jumlah besar tersebut apatah lagi padang Stadium Sultan Ibrahim yang menggunakan rumput Zoysia dan dilengkapi teknologi moden dengan sistem perpaipan serba canggih hanya memakan kos RM1.4 juta.

Berita Berkaitan : “Mungkin Saya Beri Info Yang Tidak Tepat Kepada TMJ” – Faizal Azumu

Tetapi Ahmad Faizal kemudian berkata beliau mungkin telah memberi info yang salah kepada Tunku Ismail, dan menjelaskan RM10 juta itu untuk padang di seluruh negara, bukannya Stadium Nasional Bukit Jalil semata-mata.

“Saya ada ramai saksi malam itu beliau cakap RM10 juta, apabila saya tanya berapa bajet buat padang SNBJ. Jadi, jangan tukar cerita,” tulis Tunku Ismail dalam satu ruangan komen di instagram.

Komen TMJ "Jangan Nak Tukar Cerita" - Tegas TMJ Kepada Faizal Azumu

Dalam pada itu, semakan Labola Malaya mendapati Ahmad Faizal bukan memberikan info yan kurang tepat sepertimana didakwa sebaliknya memang itu jumlah yang telah disebut sebelum ini oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Tan Sri Tony Fernandez.

Ini adalah kenyataan Tony Fernandes pada 16 Mac lalu selepas majlis lanjutan perjanjian penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai venue rasmi Harimau Malaya untuk tempoh lima tahun akan datang bersama Persatuan Bolasepak Malaysia.

“Stadium ini cukup cantik dan antara yang terbaik di dunia. Malah, berani saya katakan kemudahan dan reka bentuk stadium ini adalah antara yang terbaik di dunia ketika ini.

“Tetapi ada satu masalah iaitu rumput. Jadi saya dah bentangkan kepada kerajaan dan mereka bersetuju untuk menukar keadaan padang yang lebih baik dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.

“Saya mahu selepas ini pasukan luar yang datang bermain di sini contohnya Barcelona akan balik dengan kegembiraan kerana dapat beraksi di atas padang terbaik dan kemudahan stadium yang canggih.

Berita Berkaitan : PSM Peruntukkan RM10 Juta Untuk Pembaikpulihan Stadium Nasional

Tony Fernandes ketika itu turut menyatakan bahawa PSM mempunyai empat sampel jenis rumput yang berbeza dan akan diuji untuk kesesuaiannya untuk digunakan dalam beberapa jenis sukan iaitu bola sepak, ragbi dan olahraga.

Sementara Syed Saddiq pada Februari tahun 2020 berkata kos kira-kira RM10 juta bagi menaik taraf Stadium Nasional Bukit Jalil adalah bagi memastikan stadium itu memiliki padang yang lebih berkualiti dan tahan lama.

Katanya ia juga bagi memastikan padang stadium bersesuaian dengan cuaca di negara ini, supaya ia menjadi satu pelaburan yang berbaloi.

“Kita dapat maklum balas daripada pihak industri sukan dan rakan-rakan media bahawa ya, padang kita bagus tapi tidak terbaik jadi ia mesti kena ada standard tinggi dan kita ada berbincang dengan persatuan dan memuktamadkan untuk naik taraf padang.

“Kita nak pastikan stadium yang merupakan ‘padang rumah’ bagi Harimau Malaya dalam keadaan terbaik, tahan lama. Walaupun kos tinggi, pelaburan berbaloi,” ujar Syed Saddiq.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.