Bekas kapten England, Wayne Rooney tidak bersetuju pemain-pemain ditekan untuk menerima pemotongan gaji bagi membantu Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) menangani pandemik COVID-19.
Dia yang kini bermain dengan Derby County berkata pemain-pemain menjadi sasaran mudah dalam usaha menangani pandemik berkenaan, dan ia adalah tindakan yang sangatlah tidak wajar.
“Jika pihak kerajaan meminta bantuan saya daripada segi kewangan untuk kakitangan perubatan atau peralatan, saya sanggup menolong – dengan syarat saya tahu ke mana wang itu akan pergi.
“Namun tidak semua pemain berada di kedudukan saya. Tetapi tiba-tiba semua pemain dituntut untuk memotong 30 peratus gaji mereka. Mengapa pemain bola sepak menjadi mangsa?” kata Rooney.
Sebelum ini, Persatuan Pemain Bolasepak Profesional (PFA) berkata cadangan pemotongan 30 peratus mampu memberi impak ke atas NHS kerana ia akan mengurangkan kadar potongan cukai.
Foto : Zimbio/Ig Wayne Rooney