“Janganlah Main Sambil Lewa Wahai Pemainku,” Pinta Dollah Salleh

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Walaupun tiada pasukan yang akan tersingkir daripada Liga Super bagi saingan musim 2023, Dollah Salleh berharap barisan pemainnya tetap memandang serius baki perlawanan.

Sri Pahang ketika ini berada di kedudukan kedua tercorot Liga Super dan tiada tanda-tanda yang ditunjukkan mereka boleh keluar dari kedudukan itu.

Dollah Salleh yang kembali membimbing Sri Pahang sepertimana skrip tahun lalu – iaitu menggantikan ketua jurulatih di pertengahan musim – bermula dengan langkah sumbang setelah pasukannya kecundang 2-5 kepada Penang FC di laman sendiri.

Mereka terlebih dahulu berada 2-0 di depan sebelum Penang bangkit mengikat kedudukan dan memenangi perlawanan pada masa tambahan.

“Kita tak boleh kecewa dan terus patah semangat hanya kerana sudah tersingkir daripada Piala FA. Pemain-pemain juga tidak boleh bermain sambil lewa atau ala kadar kerana kedudukan dalam saingan Liga Super akan membawa Sri Pahang beraksi dalam saingan Piala Malaysia musim ini,” ujar Dollah Salleh.

Berdasarkan kepada struktur yang digunapakai selama ini, Sri Pahang berpotensi untuk tersingkir ke saingan Liga Premier tetapi pada minggu lalu, Malaysia Football League membuat pengumuman besar dengan memperkenalkan struktur baru yang akan menyaksikan 18 pasukan bermain di Liga Super.

Justeru kesemua 12 pasukan sedia ada ketika ini akan kekal, empat lagi datangnya daripada Liga Premier, manakala dua lagi slot akan diisi oleh pemenang play-off.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.