JDT balas balik kenyataan Jamal Nasir, Zakaria Rahim

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Johor Darul Takzim (JDT) menyangkal kenyataan bekas pemain kebangsaan Datuk Jamal Nasir Ismail dan juga pemerhati bolasepak, Zakaria Rahim bahawa kelab itu sepatutnya bertanggungjawab terhadap kemerosotan prestasi Safawi Rasid.

Sebelum ini Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa latihan yang tidak berintensiti tinggi bersama skuad kebangsaan ketika kempen pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 baru-baru ini menjadi punca Safawi Rasid tidak dapat menunjukkan aksi terbaiknya bersama JDT di pentas Liga Juara-Juara Asia yang bermula 22 Jun lalu.

Jamal Nasir dan Zakaria bagaimanapun berkata menyediakan latihan berintensiti tinggi bukan tugas FAM dan berpendapat JDT perlu menyalahkan diri sendiri.

Berita berkaitan : Kenapa salahkan TCH, latihan berintensiti tinggi adalah tanggungjawab kelab

 

Begitupun, Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards berkata, Safawi Rasid pada hakikatnya telah menunjukkan kemajuan yang baik susulan kecederaan yang dialami sebelum meninggalkan kelab untuk tugas antarabangsa justeru dakwaan Jamal Nasir dan Zakaria adalah tidak tepat.

“Untuk rekod, Safawi mengalami kecederaan pada 13 Mac dan hanya kembali ke kesebelasan utama pada 16 April tetapi masih dalam proses pemulihan hingga ke tahap sepenuhnya.

“Secara keseluruhan, Safawi telah menjaringkan dua gol, melakukan lima permulaan, tiga kali beraksi dari bangku simpanan dan bermain 364 minit sebelum ‘international break’.

“Untuk mengatakan bahawa intensiti latihan sepenuhnya merupakan tanggungjawab kelab adalah tidak tepat kerana kem latihan yang panjang oleh pasukan kebangsaan di mana pemain berada di sana dari 16 Mei – 16 Jun.

“Perjalanan pemulihan dan kembali ke intensiti tinggi Safawi masih lagi berjalan sebelum ‘international break’. Safawi hanya kembali ke JDT seminggu sebelum Liga Juara-Juara AFC, terbang terus ke Thailand dari Emiriah Arab Bersatu.

“Kelab ini akan membimbing Safawi kembali pulih sepenuhnya, sedia untuk bola sepak intensiti tinggi dan membina semula tahap keyakinan beliau dalam beberapa minggu akan datang,” ujar Alistair dalam satu kenyataan rasmi.

Sebagai rekod, Safawi Rasid menyertai Portimonense SC secara pinjaman pada Oktober tahun lalu dengan perjanjian selama setahun, namun dipanggil pulang hanya selepas dua bulan berada di sana susulan gagal untuk mendapat minit permainan.

Prestasinya bersama Harimau Malaya juga teruk dikritik baru-baru ini di mana dia hanya berjaya menjaringkan satu gol dalam tiga perlawanan, itupun menerusi sepakan penalti ketika menentang Thailand.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.