Johor Darul Takzim (JDT) mengesahkan telah menerima tawaran daripada kelab Liga Primeira Portugal, Portimonense FC untuk mendapatkan khidmat penyerang sensasi Safawi Rasid.
“Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dan dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.
“Kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan,” kata Martin Prest, Pengarah Sukan JDT.
Sebagai rekod, Safawi Rasid adalah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia untuk dua musim berturut-turut dan tonggak barisan depan Harimau Malaya.
Pemain berasal dari Terengganu itu telah mencuri tumpuan ramai dengan prestasi mengagumkan dan sebelum ini telah banyak dikaitkan dengan perpindahan ke luar negara terutamanya ke Jepun.
Dengan perkembangan terbaru ini, Safawi Rasid bakal menjadi pemain kedua dari Malaysia beraksi dengan pasukan liga utama Portugal.
Sebelum ini, Nazmi Faiz Faiz Mansor menjadi pemain pertama beraksi di Liga Primeira bersama SC Beira Mar pada 2013 manakala setahun sebelumnya Ahmad Fakri Saarani pernah beraksi dengan kelab Divisyen 3 Atletico.
Foto : NSTP