“Jika betul saya buat silap, saya minta maaf” – Exco Perak FC

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tanggunglah natijahnya.”

Mungkin itu ungkapan tepat untuk ditujukan kepada Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Datuk Sham Mat Sahat yang dilihat menyesal dengan kenyataan yang diungkapkan tanpa berfikir panjang baru-baru ini.

Berita berkaitan : “Gaji bukannya kecik, tak logiklah sampai jual motor sebab gaji tertunggak,” – CEO Perak FC 

Kenyataan Sham Mat Sahat tempoh hari, bahawa pemain-pemain yang tiada jiwa untuk bermain dengan Perak disebabkan tunggakan gaji dua bulan bolehlah berpindah ke pasukan lain bukan sahaja memberi impak maksima kepada moral dan motivasi pemain, malah turut menimbulkan kemarahan penyokong.

Kapten Perak FC, Hafizul Hakim Khairul Nizam turut mengakui itu punca beberapa pemain tonggak membuat keputusan angkat kaki sambil menyifatkan ia sebagai kenyataan kurang bijak pada ketika pasukan dalam keadaan terumbang-ambing.

Sambil menekankan bahawa kenyataannya itu lebih bermaksud setiap pemain hendaklah mempunyai jiwa dan semangat sayangkan pasukan Perak, Sham Mat Sahat akur sekiranya dia telah menjadi punca keadaan telah menjadi tidak terkawal.

“Kenyataan bahawa saya hanya minta pemain punya jiwa sahaja kekal bersama Perak telah membuatkan penyokong dan orang ramai marah kepada saya, jadi jika benar saya silap saya mohon maaf,” kata Sham Mat Sahat yang juga Bendahari Perak FC.

Hanya beberapa hari selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi itu, Sham Mat Sahat yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Perak telah mengumumkan akan melepaskan jawatannya bersama Perak FC, setelah isu tunggakan gaji pasukan itu selesai.

Sebagai rekod, episod pemain meninggalkan skuad the bos gaurus bermula dengan tindakan dua pemain kebangsaan Shahrul Saad dan Guilherme De Paula yang menyertai Johor Darul Takzim, hanya sehari selepas berlakunya insiden boikot sesi latihan disebabkan masalah tunggakan gaji.

Kemudiannya ia disusuli pemain tengah bertahan Kenny Pallraj dan pemain sayap J.Parthiban yang menyertai pasukan Kuala Lumpur City.

Keadaan bagaimanapun belum reda dan dijangka akan ada lagi beberapa pemain membuat keputusan sama termasuklah Hafizul Hakim, Firdaus Saiyadi, Shakir Hamzah dan Leandro Dos Santos yang difahamkan sedang dirisik pasukan lain.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.