Jodoh tidak sampai 4 bulan, Sumareh tinggalkan ‘tempat persinggahan’

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Jodoh Mohamadou Sumareh dengan kelab Thailand, Police Tero FC nampaknya tidak sampai empat bulan apabila kelab itu dilaporkan tidak menawarkan lanjutan kontrak kepadanya bagi mengharungi baki kempen Liga 1 Thailand.

Perkara itu didedahkan oleh Goal Thailand yang turut menyatakan bahawa pemain naturalisasi Harimau Malaya itu kini dalam persiapan untuk kembali ke Malaysia.

“Sebagai rekod bersama Police Tero FC, dia hanya beraksi dalam empat perlawanan dan diturunkan dalam kesebelasan utama hanya dalam satu perlawanan dengan 111 minit perlawanan secara keseluruhan tanpa sebarang gol.¬†Sepanjang bersama Police Tero FC, Sumareh berdepan kecederaan dan beraksi dalam keadaan yang tidak begitu baik,” menurut Goal Thailand.

Justeru, terbuktilah Police Tero FC hanya ‘tempat persinggahan’ Sumareh dan dalam pasukan manakah kelibatnya akan disaksikan dalam saingan Liga Malaysia musim depan?

Sebelum ini, pemilik Johor Darul Takzim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan Mohamadou Sumareh akan menjadi rekrut terbaru pasukan itu dengan mengumumkan bahawa pasukan itu akan diperkuatkan dua pemain naturalisasi.

Tunku Ismail juga memberitahu sekiranya pemain kelahiran Zambia itu mahu kembali, beliau akan berjumpa dan mendapatkan restu daripada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Sumareh sebelum ini berdepan konflik besar yang mungkin menjejaskan kariernya apabila dia membuat keputusan meninggalkan Pahang dengan membatalkan kontraknya secara sebelah pihak dan menyertai Police Tero dengan kontrak pendek selama enam bulan.

Dia juga memberitahu bahawa pemergian ke Thailand adalah untuk menjaga kecergasannya memandangkan sudah begitu lama dia tidak bermain sejak Liga Malaysia ditangguhkan pada bulan Mac.

PBNP telah mengambil tindakan undang-undang ke atasnya dengan mengenakan hukuman penggantungan dua tahun ke atasnya daripada terlibat dalam mana-mana aktiviti bolasepak anjuran persatuan itu, malah kesnya juga telah dibawa ke pengetahuan FIFA namun selepas hampir empat bulan belum ada sebarang keputusan mengenainya.

APa sekalipun penyokong sudah tentunya mengharapkan isu membabitkan Sumareh tidak berpanjangan dan tidak berlaku sesuatu yang memberi kesan kepada perjalanan kariernya memandangkan dia juga merupakan salah seorang tonggak utama pasukan Harimau Malaya yang akan bermain di pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

 

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.