Jom Kenali Pandelela Renong Yang Bergelar Dato’ Pada Usia 28 Tahun

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Ratu terjun negara, Pandelela Renong Pamg dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Setia Bintang Sarawak yang membawa gelaran Dato’ sempena Sambutan Ulangtahun Kelahiran ke-85 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, pada Sabtu.

Pandelela yang berusia 28 tahun menjadi atlet kebangsaan kedua tahun ini menerima penghormatan yang membawa gelaran Dato’ selepas jaguh berbasikal, Dato’ Azizulhasni Awang pada Julai lalu.

Berita Berkaitan : Bukan Saya Minta Untuk Tergelincir, Terlanggar Platform – Pandelela

Dia juga menjadi atlet negara keempat dalam sejarah menerima pengiktirafan ketika masih aktif selepas Datuk Lee Chong Wei (badminton), Datuk Nicol David (skuasy) dan Azizulhasni sendiri.

Pandelela membuat penampilan Olimpik pertama di Beijing 2008 ketika usianya baru 15 tahun dan empat tahun kemudian memenangi gangsa di Sukan Olimpik London 2012 – yang mana dia juga merupakan pembawa Jalur Gemilang ketika upacara pembukaan.

Dia memperbaiki lagi pencapaian itu dengan memenangi pingat perak pada temasya Rio 2016. namun di pentas di pentas Olimpik 2020 baru-baru ini, Pandelela tidak berjaya menepati ekspetasi apabila tidak menyerlah dalam kedua-dua acara yang disertai.

Namun dia diyakini akan bangkit dan tetap menjadi sandaran untuk memburu pingat di Olimpik Paris 2024.

Antara pencapaian lain Pandelela Renong yang diperkenalkan ke pentas sukan tanah air pada 2007 adalah pingat emas di temasya Sukan SEA 2007, 2009, 2013 dan 2017.

Selain itu dia juga pernah memenangi pingat emas di Sukan Komanwel 2010 dan empat tahun kemudian di Sukan Komanwel 2014, memenangi sebutir perak dan sebutir gangsa.

Pencapaiannya di kejohanan peringkat dunia juga bukan calang-calang, di mana yagn terbaru dia memenangi pingat emas Piala Dunia FINA 2021 sekaligus menjadikannya sebagai salah seorang atlet paling berjaya pernah disaksikan.

Pandelela pernah dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan sebanyak tiga kali pada 2011, 2012 dan 2015.

Dari segi pendidikan, Pandelela mendapat pendidikan di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya telah menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sains Sukan di Universiti Malaya dalam bidang Pengurusan Sukan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.