Jordan Mintah Mahu Rempuh Biarpun Tak Dapat Restu

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Biarpun tidak mendapat restu daripada pasukan perubatan untuk beraksi kerana kecederaan yang belum pulih sepenuhnya, Jordan Mintah sangat berharap akan diturunkan Terengganu FC dalam saingan Piala Malaysia.

Pemain berusia 26 tahun itu telah dinasihatkan supaya berehat enam minggu berikutan kecederaan siku, tetapi demi Terengganu FC dia sedia melupakan kesakitannya.

“Sebagai pemain sudah pasti saya begitu gembira jika diberi peluang untuk mengetuai jentera serangan pasukan TFC dalam kancah Piala Malaysia Ahad ini lebih-lebih lagi kedua-dua pasukan itu adalah adik-beradik, jadi perlu saling bantu-membantu.

“Walaupun kecederaan pada bahagian siku masih dirasai kerana pakar perubatan meminta saya berehat selama enam minggu, demi pasukan TFC II yang mengharungi saingan Liga Perdana sebelum ini dan pasukan TFC yang bakal beraksi dalam saingan Piala Malaysia, saya membuka balutan di tangan lebih awal dan sanggup berkorban demi pasukan biarpun belum sembuh 100 peratus,” katanya dilaporkan BH Sukan.

Sebagai rekod, Jordan Mintah berkongsi kedudukan penjaring terbanyak Liga Premier 2021 yang menutup tirai pada Selasa lalu bersama-sama penyerang JDT II, Fernando Rodriguez setelah meledak 16 gol dan dia mengakui ia melonjakkan lagi keyakinan serta motivasinya.

“Anugerah Kasut Emas adalah impian buat setiap penyerang, saya sentiasa berdoa untuk meraih gelaran itu dengan menyumbat seberapa banyak gol dalam setiap perlawanan, syukur akhirnya saya berjaya, terima kasih kepada rakan sepasukan dan juga barisan kejurulatihan serta pihak pengurusan yang membantu dan memberi kepercayaan.

“Anugerah paling bernilai ini sudah pasti membangkitkan lagi semangat saya untuk memburu gol bersama TFC, saya harap mampu melakukan yang terbaik walaupun saingan Piala Malaysia adalah berbeza berbanding liga,” ujar Jordan Mintah.

Selain 16 gol dalam Liga Premier, Jordan Mintah turut meledak empat gol dalam saingan Liga Super 2021 walaupun hanya beraksi enam perlawanan dan statistik dicatatkan pemain itu musim ini dianggap penyokong Terengganu FC sebagai jauh lebih baik dari David Da Silva yang meledak tujuh gol sedangkan dia bermain lebih perlawanan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.