Jual trofi Puskas? Ini penjelasan Faiz Subri

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bekas pemain tengah Pulau Pinang, Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas FIFA pada 2016 selepas gol ‘melawan hukum fizik’ jaringannya ketika menentang Pahang dinobatkan gol tercantik dunia.

Pemain berusia 32 tahun itu bagaimanapun terkejut apabila timbul khabar angin dia ingin menjual trofi berprestij itu kerana masalah kewangan.

Baca : Khalid Jamlus akui ditipu pembida kasut emas

Baca : Subahan tegaskan tiada layanan istimewa buat Khalid Jamlus mahupun sesiapa, sila ikut saluran

“Ia mungkin salah faham, saya bukan jual trofi tapi jual begedil bersama isteri ketika awal Perintah Kawalan Pergerakan bagi menjana pendapatan, daripada tidak buat apa-apa.

“Trofi ini (Puskas) satu kenangan yang paling manis dan cukup bermakna dalam karier saya. Saya menjadi pemain dari Malaysia pertama melakukannya dan saya mahu menyimpannya.

“Ia satu anugerah tidak ternilai. Satu hari nanti, mungkin saya boleh menceritakan dan memperlihatkannya kepada cucu cicit,” kata Faiz Subri dipetik dari Stadium Astro.

Faiz Subri ketika itu menerima trofi berkenaan daripada bekas pemain terbaik dunia yang juga pemenang Piala Dunia dua kali Ronaldo ‘the phenomenon’.

Sementara itu bercakap mengenai perjalanan kariernya, Faiz Subri yang menyertai Northern Lions FC pada awal musim memberitahu dia masih aktif bermain tetapi buat masa sekarang sedang berehat kerana saingan Liga M3 sudah dibatalkan.

Malah dia juga sedang mempertimbangkan tawaran daripada bekas pasukan yang mahu memancingnya untuk musim baru nanti.

Baca : Tiada pemain sebagus Rosdi Talib di bek kiri

Baca : Indra Putra, pendiam dengan karakter menakjubkan

Bekas pemain Kelantan, T-Team dan Terengganu itu turut mendedahkan bahawa dia sudahpun mengorak langkah untuk membina Akademi dan Padang Sintetik sendiri di Bukit Mertajam dan sedang bekerjasama dengan seorang usahawan untuk merealisasikannya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.