Jurgen Klopp buka mulut mengenai kedudukan Firmino

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Mungkinkah Roberto Firmino akan kehilangan tempatnya kepada Diogo Jota?

Itu antara perbualan hangat dalam kalangan penyokong selepas menyaksikan pemain muda Portugal itu meledak hatrik dalam aksi Liga Juara Eropah menentang Atalanta pada awal pagi Rabu.

Diogo Jota pada hakikatnya diturunkan mengisi posisi Roberto Firmino dan membentuk gandingan tiga serangkai barisan depan bersama Mohamed Salah dan Sadio Mane.

Ditambah pula dengan Roberto Firmino hanya menjaringkan satu gol dalam 11 penampilan berbanding Jota yang sedang meletup prestasinya setelah menjaringkan gol dalam empat perlawanan berturut-turut, sudah ada cakap-cakap bahawa gandingan berkelas dunia Firmino-Salah-Mane akan akhirnya dipecahkan.

Ini reaksi pengurus pasukan, Jurgen Klopp selepas menyaksikan pasukannya membenam Atalanta 5-0 dan gah menerajui carta kedudukan Kumpulan D dengan sembilan mata.

“Permainan yang baik tidak pernah membuat saya sakit kepala. Keputusan yang diambil malam ini adalah jelas, ianya tindakan tepat untuk menurunkan Diogo memandangkan dia berada pada tahap yang cukup baik serta mengambil kira cara Atalanta bermain dan bertahan maka kelebihan yang ada pada Diogo dipertaruhkan.

“Dunia kadang-kadang tempat yang sangat teruk, di mana ketika seseorang itu menyinar kita akan segera alihkan perhatian kepada pemain lain seolah-seolah dia telah bermain dalam 500 perlawanan berturut-turut. Tanpa Firmino, kita takkan berada di Liga Juara Eropah.

“Bagi kebanyakan orang, jika bertanya kepada mereka apa yang membuatkan Liverpool istimewa, mereka akan menjawab ianya melihat gaya Bobby (Firmino) bermain. Jadi saya rasa itu sudah menjawab persoalan mengenai kedudukan dia yang tidak sepatutnya ditimbulkan.

“Bagi kami ianya penting untuk mempunyai lebih daripada 11 pemain dan pada malam ini Diogo bermain dengan cukup luar biasa, dan ia tidak ada apa untuk dikaitkan dengan Bobby atau kononnya saya berdepan dilema pemilihan pemain.

“Saya lebih daripada gembira untuk melihat pemain-pemain bermain seperti malam ini,” kata Klopp.

Sebagai rekod, dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Liverpool yang merupakan juara bertahan sedang menerajui liga dengan 16 mata daripada 7 perlawanan pertama. Lawan mereka yang seterusnya adalah Manchester City pada 9 November.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.