Jurulatih UAE dipecat tanpa kendalikan walau satu pun perlawanan

FILE PHOTO: Coach of Apoel Nicosie Ivan Jovanovic talks during a news conference before a training session in preparation of their Champions League soccer match against Olympique Lyon at the Gerland stadium in Lyon February 13, 2012. REUTERS/Robert Pratta/File Photo
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Belum sempat membimbing pasukan untuk satu pun perlawanan, Ivan Jovanovic dipecat sebagai ketua jurulatih Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Jovanovic baru sahaja dilantik pada bulan Disember lalu, menggantikan Bert van Marwijk yang dipecat susulan kekalahan 2-4 kepada Qatar dalam aksi Piala Teluk 2019.

Perlawanan pertama Jovanovic yang merupakan bekas pengendali Al Nasr sepatutnya menentang Singapura (persahabatan, 21 Mac) dan Malaysia (kelayakan Piala Dunia/Piala Asia, 26 Mac) namun kedua-dua aksi tidak dapat dilangsungkan kerana penularan wabak Covid-19.

Dengan kesemua aksi antarabangsa telahpun ditangguhkan FIFA dan dijadual hanya akan bersambung semula pada Oktober, Jovanovic dilihat mempunyai masa yang panjang untuk mempersiapkan sebuah skuad mantap untuk baki empat perlawanan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia bermula dengan menentang Malaysia disusuli Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Namun, UAE FA dalam satu kenyataan memberitahu mereka menamatkan khidmat Jovanovic setelah mendapat cadangan daripada Ahli Jawatankuasa Teknikal pasukan kebangsaan, dengan memberi alasan dia tidak mencapai KPI ditetapkan.

Tidak pasti apa KPI yang dimaksudkan UAE FA pada ketika Jovanovic belum sempat membuktikan apa-apa, namun ia mungkin sekadar satu alasan dan memberi isyarat bahawa mereka sebenarnya sudah bersedia dengan perancangan lain yang lebih padu.

Ironinya, Ivanovic adalah jurulatih ketiga untuk dipecat sebelum bertemu Malaysia. Sebelum ini Indonesia memecat Simon McMenemy sebelum pertembungan dengan Malaysia pada 19 November, dan kemudiannya van Marwijk.

Sebagai rekod, UAE ketika ini berada di kedudukan keempat kumpulan G dengan enam mata selepas empat perlawanan, tiga mata di belakang Malaysia.

Foto : The Star Online

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.