Sathianathan

Kalau Betul Bagus, Kenapa Lim Teong Kim Tak Gilap Seorang Dua Jadi ‘Muller’ Malaysia?

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bekas jurulatih kebangsaan, B.Sathianathan mempertikaikan kenapa Lim Teong Kim tidak pernah menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan tempat buat pemain-pemain Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) di kelab-kelab Divisyen Dua atau Tiga di Jerman.

Bercakap kepada La Bola Malaya, Sathianathan berkata sebagai seorang jurulatih yang pernah menggilap bakat Thomas Muller, Lim Teong sepatutnya boleh nampak pemain mana mempunyai potensi untuk bermain di Eropah tetapi hairan Lim Teong Kim tidak pernah berbuat demikian.

“Kalau tengok di Mongolia, ada seorang main di FC Komarno (kelab di Slovakia) di bawah Puskas Project. Macam mana pemain itu dapat peluang? Dua tahun lepas Mongolia dilatih seorang jurulatih dari Slovakia, Ratislav Bojic yang juga bekas pembantu saya. Dia bawa dua pemain yang berbakat (di Mongolia) ke Slovakia, nampak tak bagaimana dia gunakan pengaruh dia.

“Jadi kalau dia (Lim Teong Kim) kata budak NFDP ni bagus sangat, mengapa dia tak bawa ke Jerman? Mengapa budak-budak NFDP tak cukup bagus ke nak pergi main di Divisyen Dua, Divisyen Tiga Jerman. Lim Teong Kim kan sangat masyhur di Jerman, ada nama besar, pengaruh besar, takkan tak ada connection?

“Kalau dia nampak budak-budak NFDP ni betul-betul terer di mata dia, sudah tentu dia tahu mereka boleh main kat Eropah atau tidak. Mengapa dia tak bantu? Kalau dia fikir budak tu bagus, mesti dia bawak punyalah ke Jerman, atau ke mana-mana sahaja.

“Setakat habis program diborong Selangor, diborong JDT, main dalam Liga Malaysia dengan Selangor II, Terengganu II, JDT II, Perak II bagi saya tak ada apa. Takkan itu sahaja level mereka? Malah Luqman Hakim pun kelab Belgium sign dibantu oleh Vincent Tan. Ada sesiapa boleh nafikan?

“Zaman saya bawak pasukan B-19 dulu pun dah ada habis jer Piala Dunia Belia semua join pasukan negeri, Khalid Jamlus, Indra Putra, Saravanan, Norhafiz Zamani dan ramai lagi. Akmal Rizal pergi main di Perancis, Fadzli Shaari pergi main di Jerman. Itu zaman sebelum NFDP, takkan sekarang tahap lebih rendah daripada dulu? Program NFDP tu keluarkan belanja besar, jadi sudah tentu harapan kita pun besar.

“Jadi jangan cakap banyak, saya cabar Lim Teong Kim kalau budak AMD ni bagus sangat bawak pergi Jerman, dengan dia punya connection, kan dia terkenal hasilkan Thomas Muller, jadi gilaplah mereka jadi Malaysia punya Muller.

“Tak perlu ramai, seorang dua pun cukup. Lagipun dia jurulatih betul-betul bertauliah yang ada lesen Jerman, paling bijak, kita lesen kampung, tapi ingat kita ni lesen kampung pun bukannya bodoh,” ujar Sathianathan kepada La Bola.

Perang dingin perselisihan antara Sathianathan dan Lim Teong Kim sebenarnya sudah lama berlaku tetapi reda seketika, sebelum ia kembali menjadi hangat setelah baru-baru ini Sathianathan mempersoalkan sumbangan NFDP kepada pembangunan bolasepak negara.

Baca : Malulah Sikit Lim Teong Kim, Pakar Dari Jerman Yang Gagal Teruk – Sathianathan

Lim Teong Kim kemudian membidas Sathianathan sebagai tidak memahami sistem pembangunan bolasepak negara dan seorang yang bodoh sombong.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.