“Kalau bukan kerana abang” – Shahrul Saad

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemain pertahanan Johor Darul Takzim, Shahrul Saad, tidak berselindung di dalam menyatakan berdirinya dia sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik Liga Malaysia pada hari ini, adalah dengan menjadikan dua abangnya yang juga bekas pemain kebangsaan, Syamsul dan Shahrizal Saad sebagai role model.

Bekas kapten Perak dan tonggak Harimau Malaya itu juga merupakan pemenang Anugerah Pertahanan Terbaik Liga Malaysia selama dua tahun berturut-turut pada 2018 dan 2019.

Syamsul Saad "Kalau bukan kerana abang" - Shahrul Saad

Dia mengakui kedua-dua abangnya itu menjadi inspirasi kepada dirinya untuk menempa nama sebagai pemain bolasepak berjaya sejak dari kecil dan gembira kerana dapat merealisasikannya.

“Boleh dikatakan kedua-dua abang saya menjadi idola saya sejak kecil kerana mereka yang membuatkan saya ingin bermain bola sepak sehingga ke tahap hari ini.

“Ikutkan hati, saya teringin bermain dengan mereka dalam satu pasukan tetapi apakan daya, jarak umur antara kami bertiga agak jauh dan membuatkan impian itu tidak kesampaian.

“Walaupun saya kini telah bermain banyak kali di peringkat kebangsaan kebangsaan, mereka berdua tetap menjadi rujukan saya kerana tanpa mereka, tidak mungkin saya boleh berjaya seperti mana yang sedang dilalui sekarang,” kata Shahrul Saad.

Syamsul Saad, bermain di posisi pertahanan, menyarung jersi Perak pada musim 2000 hingga 2008.

Manakala Shahrizal pula bermain di posisi penyerang serta pernah beraksi dengan banyak pasukan seperti Perak, Johor FC, Felda United dan Negeri Sembilan.

Mereka berdua berada dalam senarai Kesebelasan Terbaik (Best XI) Liga Malaysia pilihan Shahrul Saad.

Dia turut menyenaraikan Farizal Marlias (penjaga gol) diikuti Thiago Junio, Nazirul Naim Che Hashim dan Rizal Ghazali (pertahanan); Shukor Adan, Safiq Rahim dan Brendan Gan (tengah); sementara posisi penyerang dilengkapkan Safawi Rasid dan Indra Putra Mahayuddin.

TAK PERNAH JUMPA SEORANG SEPERTI THIAGO

Dalam pada itu, Shahrul Saad turut mengakui belum pernah menjumpai pemain import seperti mana Thiago yang tidak lokek memberikan ilmu selain tampil dengan semangat luar biasa tiap kali menyarung jersi Perak.

Sepanjang dua musim bergandingan dengan Thiago iaitu pada 2016 dan 2017, banyak perkara baharu telah dipelajarinya yang menjadikan dia ada rasa terhutang budi dengan segala nasihat pernah diberikan Thiago.

“Thiago adalah pemain import pertama di Perak yang saya bergandingan dan terus terang banyak benda yang saya telah dapat daripadanya sehingga mematangkan corak permainan.

“Dia sentiasa membantu Perak di saat genting dengan membantu barisan serangan mendapatkan jaringan dan biarpun sudah berusia, semangatnya memang tinggi daripada pemain-pemain lain sehingga sanggup buat apa sahaja demi pasukan.

“Dia juga seorang yang merendah diri dan peramah, satu sikap yang jarang dijumpai terhadap mana-mana import lain sehingga sekarang dan karakter ada pada dirinya juga banyak mempengaruhi gaya permainan saya,” katanya.

Foto ehsan : Malaysia Gazzete

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.