“Kalau diberi peluang, saya pun nak main dengan Harimau Malaya”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemain import Negeri Sembilan, Bae Beom Geun meluahkan kesediaan untuk bergelar pemain naturalisasi dan menyarung jersi Harimau Malaya jika diberikan peluang pada masa akan datang.

Pemain dari Korea Selatan itu diperkenalkan ke Liga Malaysia oleh ATM pada 2017 dan kemudiannya bermain dengan MIFA/PJ City selama dua musim pada 2018 dan 2019 sebelum menyertai Negeri Sembilan tahun ini.

Beom-geun yang berusia 28 tahun, sepatutnya boleh dinaturalisasikan pada tahun depan, tetapi sayangnya pada tahun lalu dia telah keluar dari Liga Malaysia untuk bermain dengan kelab Slovakia.

FIFA menetapkan syarat seseorang pemain yang mahu dinaturalisasikan perlu bermain lima tahun berturut-turut di liga negara tersebut.

Ini bermakna, jika tiada perubahan pada syarat tersebut, pemain itu perlu menunggu sehingga 2026 untuk mendapat status naturalisasi, ketika itu dia akan berusia 33 tahun.

“Saya ada terlintas mengenai peluang menyarung jersi Malaysia selain sekiranya penyokong Malaysia mahu melihat saya beraksi. Lagipun saya gembira sepanjang berada di sini.

“Saya mampu bermain di beberapa posisi; penyerang, pemain tengah mahupun bertahan. Saya sentiasa menyerlah,” katanya dipetik dari Stadium Astro.

Setakat ini, Liga Malaysia telah ada tiga pemain naturalisasi dalam kelibat Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula dan ketiga-tiga mereka ketika ini memperkuatkan skuad Harimau Malaya untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Jumlah itu dijangka bertambah pada tahun-tahun mendatang kerana beberapa lagi pemain seperti Lee Tuck, Gonzalo Cabrera, Leandro Velazquez, Argzim Redzovic, Sergio Aguero dan Romel Morales berpotensi dinaturalisasikan.

Inisiatif dan idea ke arah pengambilan pemain naturalisasi ini mula dicetuskan sendiri oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin sejak dari hari pertama beliau memegang jawatan tersebut pada 14 Julai 2018.

Ia seterusnya mula digerakkan menerusi pembentukan Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan disusuli mekanisme proses pengambilan pemain naturalisasi menerusi tiga peringkat – jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang.

Bagaimanapun tidak semua menyenangi pengambilan pemain naturalisasi ke dalam skuad kebangsaan yang dianggap mengehadkan peluang pemain tempatan, termasuklah bekas pemaon kebangsaan Datuk Santokh Singh.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.