Kalau Dollah Salleh Di JDT, Dia Yang Pertama Didenda Dan Disingkirkan

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Jika Dollah Salleh merupakan jurulatih Johor Darul Takzim, dia berkemungkinan orang yang pertama didenda dan disingkirkan oleh pihak pengurusan kelab itu.

Itulah kesimpulan yang boleh dibuat mengambil kira pendedahan Thomas Dooley mengenai masalah disiplin yang tidak begitu terkawal di kem Sri Pahang FC.

Malah kapten skuad Piala Dunia Amerika Syarikat itu mendedahkan kepada media Jerman baru-baru ini bagaimana dia tidak mendapat sokongan dan kerjasama yang sepatutnya daripada Dollah Salleh yang enggan menegur masalah salah laku pemain.

Pemain-pemain menurutnya mengikut kepala sendiri, selalu hadir lewat ke latihan dan tidak mahu menonton video analisis selepas perlawanan.

Baru-baru ini dalam rancangan [email protected], Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa pemain pasukan itu akan didenda RM15,000 jika lewat menghadiri latihan dan RM40,000 jika menyalahgunakan media sosial.

Itu belum lagi denda bagi masalah-masalah disiplin lain contohnya seperti merokok sebelum latihan dan perlawanan, bergaduh dengan rakan sepasukan dan sebagainya.

Mungkin sudah tiba masanya bukan sahaja Sri Pahang, tetapi pasukan-pasukan Liga Malaysia yang lain turut mengikut jejak langkah JDT dalam menjaga disiplin dan etika kerja anggota pasukan mereka.

Berita Berkaitan : Thomas Dooley Dedahkan Masalah Salah Laku Pemain Sri Pahang Kepada Media Jerman

Sementara itu, pemerhati bola sepak tanahair, Mohd Sadek Mustafa bersetuju peraturan itu sepatutnya sudah lama dilaksanakan semua pasukan.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam berkata, pasukan tidak perlu mengikut sepenuhnya cara JDT dengan mengenakan denda tinggi, sebaliknya memberikan hukuman yang sesuai ke atas pemain dan pegawai.

“Masukkan jumlah itu dalam kontrak, contohnya tolak 20 peratus daripada gaji pemain. Itu adalah yang praktikal, takkan pemain akan mengulangi kali kedua sebab kalau kena kali kedua sudah jadi 40 peratus.

“Ia perlu dilaksanakan sebagai menunjukkan bahawa tidak ada pemain diberikan layanan istimewa dan menjaga imej pasukan serta etika kerja semua individu dalam organisasi,” katanya kepada BH Sukan.

Selain itu, Mohd Sadek menegaskan bahawa peraturan itu juga turut dilaksanakan pasukan di liga besar seperti di Liga Perdana Inggeris.

“Sepatutnya, asas penjagaan etika dalam pematuhan kontrak pemain sudah lama dinyatakan dengan pengurusan ada kuasa untuk mengenakan denda dalam bentuk kewangan atau tindakan penggantungan.

“Salah guna media sosial itu adalah kesalahan etika dan memberi kesan kepada imej pasukan. Tapi sekarang ini kenapa kita nak tengok dekat JDT saja, perkara itu sudah berlaku sejak dulu,” katanya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.