‘Kalau pemain tak skor, takkan saya nak masuk jaringkan gol’

SHAH ALAM, 29 Dis -- Ketua Jurulatih Pasukan Selangor B Sathianathan (kanan) ketika sesi latihan bagi persiapan menghadapi kejohanan Asia Cup Challenge 2020 di Padang SUK Shah Alam hari ini. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Ketumpulan sentuhan penyudah ketika menentang Melaka United ternyata mengecewakan pengendali Selangor, B.Sathianathan.

Skuad Red Giants terpaksa berpuas hati dengan satu mata setelah jaringan Sandro Da Silva membantu mereka mengikat Melaka United 1-1 namun Sathianathan berpendapat tiga mata boleh diraih jika peluang disudahkan.

“Kita kawal permainan, kita ada banyak peluang, tapi kita tak menang itu sahaja. Saya puas hati dengan komitmen pemain tapi kita tak jaringkan gol. Kita tak boleh bagi alasan yang kita tiada penyerang.

“Rufino (Segovia) sebelum ini penjaring terbanyak, Ifedayo (Olusegun) cuba dan Syazwan (Zainon) ada peluang. Jadi banyak peluang, tapi kita tak ambil.

“Selepas itu, lima minit terakhir kita tertekan sebab kita tak jaringkan gol. Kalau kita jaringkan gol dari awal, saya fikir kita boleh kawal permainan.

“Saya tak boleh ajar penyerang bagaimana mahu menjaringkan gol. Jurulatih yang boleh ajar penyerang jaringkan gol dia adalah Superman,” kata Sathianathan dalam sidang media selepas perlawanan.

Tambah Sathianathan, “Kalau kita tak jaringkan gol, sebagai jurulatih, takkan saya nak masuk jaringkan gol. Jadi, saya kena perbaiki macam lebihkan dari segi latihan untuk menjaringkan gol.

“Tapi hairan dalam latihan mereka jaringkan gol. Kadang-kadang ini kerana tekanan. Saya puas hati dengan semua komitmen pemain, saya tiada masalah, cuma kita mesti dapatkan gol.

“Bukan kita hanya letakkan beban ini kepada Ifedayo atau Rufino, pemain lain pun mesti tahu bagaimana nak jaringkan gol.

“Terutama ketika set pieces, kita ada Safuwan (Baharudin), Taylor (Regan), semua (pemain) yang tinggi. Jadi itu kita kena betulkan sedikit.”

Dengan 10 mata dari 7 perlawanan, Selangor ketika ini menduduki tangga keenam liga.

Dipisahkan tiga mata dengan pasukan tangga kedua Perak, peluang masih terbuka untuk mereka mencapai sasaran menamatkan musim di kedudukan dua teratas dan layak ke Piala AFC.

Selangor akan menentang pendahulu Liga Super, Johor Darul Takzim dalam perlawanan seterusnya pada 19 September depan di Stadium Sultan Ibrahim dan Sathianathan berharap pasukannya akan dapat memberi tentangan sengit.

Foto ehsan : The Star Online

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.