“Kalau Sehingga 22 Feb Tak Daftar Pemain, Barulah Dianggap Tarik Diri” – Stuart Ramalingam

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Malaysian Football League (MFL) tidak mahu membuat andaian sendiri bahawa pasukan Uitm FC akan menarik diri daripada saingan Liga Malaysia 2022 berikutan berdepan masalah kewangan.

Pasukan The Lion Troops kendalian Reduan Abdullah yang tersingkir ke Liga Premier setelah menduduki tangga tercorot Liga Super musim lalu difahamkan bergelut untuk mempersiapkan pasukan setelah bajet mereka dipotong lebih separuh selain kekurangan penaja.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, cakap-cakap mengenai pasukan itu akan menjadi pasukan pertama mengundur diri hanyalah spekulasi yang bermain di media sosial kerana pasukan itu sudahpun mengesahkan akan bertanding.

Tambahnya pasukan itu hanya akan dianggap menarik diri jika tidak mendaftarkan pemain sehingga 22 Februari.

“Apa yang saya dengar, rundingan untuk penukaran pemilik tidak dapat berjalan jadi saya sentiasa berhubung dengan mereka. Cuma pada masa ini dan berdasarkan maklumat yang saya terima, UiTM FC sah akan bertanding.

“Setiap pasukan menerima borang pengesahan pertandingan yang perlu diisi dan ditandatangani sebelum dihantar kepada MFL. UiTM FC sudah pun melakukan perkara itu.

“Tiada persiapan pramusim sekalipun, tidak bermakna mereka akan menarik diri kerana dokumentasi hitam putih yang saya terima menyatakan mereka akan bertanding. Cuma kalau mereka tidak mendaftarkan pemain sehingga 22 Februari ini, kita akan anggap mereka menarik diri,” kata Stuart Ramalingam dilaporkan Arena Metro.

Jika tiada perubahan pada jadual yang telah dikeluarkan MFL sebelum ini, Uitm FC sepatutnya membuka tirai saingan Liga Premier dengan menentang Terengganu II pada 5 March di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, disusuli Selangor II di Stadium Uitm 19 March, Kelantan FC di Kota Bharu pada 25 March dan JDT II di laman sendiri pada 9 April.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.