Kalau sudah tiada rezeki, nak buat macam mana …

Nafuzi Zain
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Terengganu FC dan Kedah Darul Aman FC (KDAFC) bersedia menerima hakikat tiada saingan Piala AFC buat mereka musim ini, dan memfokuskan kepada misi mengejar Johor Darul Takzim (JDT) di puncak Liga Super.

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bakal membuat keputusan muktamad pada Rabu mengenai status pertandingan level kedua peringkat Asia itu selepas memberi bayangan pertandingan zon ASEAN akan dibatalkan beberapa hari lalu berikutan kesukaran mencari tuan rumah setelah Singapura menarik diri.

Walaupun kedengaran spekulasi saingan akan diteruskan setelah AFC secara tiba-tiba mengumumkan kelab Kemboja (Visakha) dan Timor Leste (Lalenok United) akan menyertai Terengganu FC dan Geylang International dalam Kumpulan I, Nafuzi Zain tidak mahu meletak harapan tinggi dan akur jika tiada rezeki mereka beraksi di Piala AFC 2021.

“Memang kecewa kerana impian untuk membawa pasukan beraksi dalam saingan piala itu tidak tercapai lebih-lebih lagi pengalaman pertama saya selepas kali terakhir Terengganu layak pada 2012.

“Tidak ketinggalan motivasi pemain juga sedikit terganggu kerana kecewa dengan pembatalan itu, begitu juga dengan peminat sudah pasti kecewa untuk melihat TFC beraksi di pentas tertinggi itu.

“Tapi kita sudah berbincang dengan pemain supaya fokus dalam saingan Liga Super yang bakal bersambung tiga minggu lagi bagi mengintai peluang untuk mengisi slot ke saingan Piala AFC musim depan tercapai.

“Saya harapkan pemain mampu beraksi dengan lebih baik dan konsisten selain perlu meningkatkan lagi prestasi biarpun kini berada di tangga kedua Liga Super di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT),” kata pengendali kelahiran Kelantan itu.

Sementara itu, ketua pasukan KDA FC pula tetap mahu kekal positif selagi tiada pengumuman rasmi dibuat.

“Masa mula-mula dengar berita, memang rasa sedikit kecewa sebab kita sudah lama melakukan persiapn ini, jadi kalau memang batal juga, nak buat macam mana.

“Cuma kami cuba untuk positif lagi dan berharap kerana selepas ada kelab dari Kemboja dan Timor Leste sertai kumpulan I, mungkin ada sedikit sinar untuk kita katakan mereka boleh jadi tuan rumah atau tidak.

“Tetapi apa-apa pun kita tunggu sahaja, dan kalau memang sudah pasti ia dibatalkan, kerja keras tetap perlu dilakukan untuk fokus kepada Liga Super dan Piala Malaysia pula”, jelasnya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.