“Kalau Sudah Tidak Gembira Buat Sesuatu, Kita Harus Cari Benda Lain,” Tegas TMJ

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) mengakui beliau masih berbelah bahagi sama ada mahu kekal atau meninggalkan pasukan itu dalam tempoh terdekat.

Sebelum ini TMJ memberi bayangan akan meninggalkan pasukan itu apabila menyatakan kejuaraan Liga Super 2021 yang juga kejuaraan kelapan berturut-turut dimenangi JDT adalah hadiah terakhir daripadanya kepada penyokong pasukan itu.

Menjawab soalan diajukan salah seorang penyokong beliau di instagram mengenai kesahihan perkara itu, ini jawapan daripada TMJ.

“Saya sudah 8 tahun mengurus JDTFC, secara jujur saya letih sikit. Tetapi jika saya angkat kaki, segala-galanya akan musnah. Pemain akan pergi, sponsors akan cabut, dan kakitangan staff juga akan pergi. Jadi saya 50/50, tetapi saya jujur saya letih. Kerana saya mengurus bolasepak oleh kerana minat, tetapi saya tidak perlukan bolasepak.

“Dan dalam hidup apabila kita tidak rasa gembira atau happy buat sesuatu, kita harus cari benda lain. Saya pun banyak tanggungjawab lain, jadi buat masa ini 50/50,” ujar TMJ yang mengambil alih tampuk pimpinan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) pada 2012.

Instastory TMJ "Kalau Sudah Tidak Gembira Buat Sesuatu, Kita Harus Cari Benda Lain," Tegas TMJ

Pada 2015 beliau meletak jawatan sebagai Presiden PBNJ dan beberapa bulan selepas itu kembali sebagai pemilik pasukan.

Selain lapan kejuaraan Liga Super sejak dipegang TMJ, skuad harimau selatan turut menjulang Piala FA (sekali); Piala Malaysia (2 kali); Piala Sumbangsih sebanyak enam kali selain kejayaan manis menjuarai Piala AFC pada 2015 sekaligus menjadikan mereka sebagai pasukan paling berjaya dalam kancah bolasepak tempatan.

Itu baru dari segi pencapaian atas padang, belum lagi mengenai bagaimana beliau mentransformasikan JDT sebagai pasukan disegani dan dikagumi dalam aspek pengurusan, stadium yang berkelas dunia serta pusat latihan yang dilengkapi kemudahan dan fasiliti berteknologi tinggi.

Sementara itu, ditanya mengapa beliau membenci Selangor kerana dilihat selalu ‘menghentam’ atau menyindir penguruan pasukan itu, TMJ menjelaskan beliau hanya membenci individu di dalamnya yang memperalatkan Raja Muda Selangor untuk kepentingan sendiri.

“Bukan (membenci) Selangor, (tapi) Izhar Moslim dan kroni di dalam SFC pasal suka baling batu sembunyi tangan, batu api, cakap belakang dan guna RMS untuk dapat projek dari kerajaan negeri.”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.