“Kalau Tak Puas Hati, Pintu Sentiasa Terbuka” – TMJ Kepada Syafiq Ahmad

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

“Kalau nak minit permainan, sila join team lain,” demikian tegas pemilik Johor Darul Takzim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dalam muatnaik terbaru di instastory beliau.

Kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada penyerang pasukan itu, Syafiq Ahmad, setelah dia memuatnaik satu tweet yang berbunyi “seronok tengok kawan-kawan main bola”.

Syafiq Ahmad tweet "Kalau Tak Puas Hati, Pintu Sentiasa Terbuka" - TMJ Kepada Syafiq Ahmad

Syafiq Ahmad diketahui tidak mendapat peluang beraksi pada musim ini dan ia menjadi bahan bualan dalam kalangan penyokong bolasepak tempatan serta turut dihighlightkan oleh beberapa portal yang menganggap bakat pemain itu disia-siakan JDT apatah lagi dia merupakan penyerang skuad kebangsaan.

Begitupun TMJ jelas tidak senang dengan pandangan-pandangan yang dilontarkan mengenai situasi pemain itu.

“Ini kelab bolasepak, bukan kelab kebajikan sosial. Siapa berlatih bagus, kerja keras, dia main. Siapa tidak, dia tak main. Tak suka? Pintu sentiasa terbuka, ini bukan penjara. Simple!

“Yang penyokong JDT pun tak tahu cerita terikut sentimen penyokong luar. Bayangan piala kelapan dan pencapaian kelab tak nampak dan hargai. Nak ajar saya uruskan kelab, page-page bola yang kononnya expert pun sama.

“Pinjamkan pemain? Kau nak loan ke mana transfer window tutup. Oh minit permainan mustahak. Pergi join PJ City, setiap game dapat main. Dalam JDT siapa kerja keras dalam latihan dan perform, dia main.

“Siapa nak cabaran dalam karier dan kejuaraan datang ke JDT, siapa nak minit permainan, cari kelab lain. Takde orang paksa, semua pilihan atas tangan pemain,” ujar TMJ sambil menegaskan mana-mana pemain yang menyertai skuad harimau selatan sememangnya sudah sedia tahu syarat dan polisi kelab.

TMJ insta "Kalau Tak Puas Hati, Pintu Sentiasa Terbuka" - TMJ Kepada Syafiq Ahmad

Beliau juga menyatakan bahawa telah banyak peluang diberi kepada Syafiq Ahmad untuk bangkit kembali kepada prestasi terbaiknya setelah melalui fasa sukar akibat kemalangan yang meragut nyawa ibu mertua dan anaknya pada tahun lalu.

“Tahun lepas dan tahun sebelumnya kerap dapat main, tetapi selepas insiden peristiwa pahit, anda bukan lagi pemain yang sama. Kami beri masa, sokongan, pantau. Jikalau tidak puas hati atau tak setuju, jumpa, berkomunikasi, bukannya tweet. Apa-apa pun, pintu sentiasa terbuka.

“Akhir kata, “seronok tengok kawan-kawan main”. Main apa? Main bola. Nak main bola semua tempat boleh main bola. Kalau nak main bola dan bunga api, datang ke JDT.”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.