“Kalau zaman saya, dah lama kena maki dengan jurulatih; main macam taik, mana telur”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus antara jutaan penyokong Malaysia yang kecewa dengan kekalahan memalukan 4-0 skuad negara kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada awal pagi Jumaat, dalam aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Kekalahan diburukkan dengan prestasi lembik tidak bertenaga ditunjukkan beberapa pemain, khususnya pemain naturalisasi Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi, serta pemain tempatan antaranya Safawi Rasid dan Syamer Kutty Abba sejak dari awal permainan.

Berita berkaitan : Harimau Malaya lunyai dibelasah 4-0 oleh UAE

Khalid Jamlus yang menyarung jersi Harimau Malaya dari tahun 1998 – 2005 berkata kalau ketika zamannya pemain-pemain bermain lembik sepertimana disaksikan pada separuh masa pertama, mereka sudah kena maki dengan teruk oleh jurulatih ketika rehat.

“Apa lah penyerang kita Polabear (De Paula) ni, mana Liridon apa kau buat, mana lorongan-lorongan emas kau. Kalau dalam padang 5-7 pemain main bersungguh-sungguh mana yang lain, tolonglah berikan segalanya di atas padang.

“Kalau kami dalam bilik persalinan lepas perlawanan (separuh masa pertama) tadi, nak tahu apa yang dikatakan oleh Allan Harris, Bertalan Bisckei, ataupun Hatem Soussi? ‘Main macam taik mana telur korang, kamu semua nak menang ke tak. Mana maruah korang, jangan buat penyokong kecewa dengan cara korang bermain. Bangkit dan berikan tentangan sehingga minit akhir. Tunjukkan semangat melawan!’

“Itu jurulatih yang cakap, bukan saya, itu pengalaman saya lalui dulu,” menurut Khalid Jamlus yang merupakan penjaring terbanyak Liga Perdana Satu 2002.

Jadi pemain-pemain Harimau Malaya yang sekarang ini boleh dikatakan bertuah kerana Tan Cheng Hoe bukan sejenis yang suka maki hamun sebaliknya sentiasa menggunakan pendekatan lemah lembut.

SS Khalid Jamlus "Kalau zaman saya, dah lama kena maki dengan jurulatih; main macam taik, mana telur"

Sebelum perlawanan, skuad Harimau Malaya disifatkan sebagai skuad terbaik pernah dikumpulkan dalam sejarah berikutan adanya ramai pemain berdarah kacukan, tiga pemain naturalisasi serta beberapa pemain berpangkalan di luar negara.

Namun ketika menentang UAE, ketiga-tiga pemain naturalisasi termasuk Mohamadou Sumareh gagal memberi impak dan bermain seperti kena pukau.

Berita berkaitan : Amri Yahyah lagi agresif, lagi banyak berlari berbanding De Paula!

De Paula bukan sahaja bermain seperti tiada jiwa, tetapi lebih banyak berjalan di atas padang dan tidak memberikan tekanan kepada pertahanan lawan.

Khalid Jamlus berharap masih ada sinar buat skuad negara dan mahu mereka bangkit lebih bertenaga apabila menentang Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun) untuk menghidupkan peluang melangkah ke pusingan seterusnya.

Ketika ini skuad negara tergelincir ke tangga keempat Kumpulan G, terikat sama mata dengan UAE dan Thailand.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.